Monday, March 14, 2011

7 GAMBARAN MAYAT DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik
kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.


5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina,
mengkritik dan mengumpat orang.


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

• Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu
UNTUK RENUNGAN
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya
Ada 8 hal yang menyebabkan matinya hati, yaitu:-


1. Kamu mengetahui hak ALLAH, tetapi tidak kamu tunaikan;


2. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran2nya;


3. Kamu mengatakan, Kami cinta kepada Rasulullah SAW, padahal kamu tidak mengamalkan sunnah baginda;


4. Kamu mengatakan takut mati, tetapi kamu tidak berkemas-kemas untuknya


5. ALLAH Taala berfirman,
"Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu sekalian, maka perlakukanlah ia sebagai musuh" [surah Fathir:6]
namun, kamu berkelompok (sekongkol) dengan dia untuk berbuat berbagai dosa;


6. Kamu mengatakan takut neraka, tetapi kamu menganiaya badan kamu dalam neraka;


7. Kamu mengatakan cinta/mengharap kepada syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkan syurga itu;


8. Apabila kamu bangun dari tempat tidur, kamu melemparkan aib kamu sendiri di belakang kamu dan kamu bentangkan aib orang lain di hadapan kamu.


[lihatlah ke diri sendiri, muhasabahlah, maka kamu tak akan berani  mencerca orang lain walaupun org yang  paling hina setelah melihat aib sendiri ..] kamu telah membuat kemurkaan ALLAH, maka bagaimana ALLAH akan kabulkan doa2 kamu?!"


Mungkin inilah sebab doa kita Allah tak makbulkan...
Cara mengatasi gejala sihir




Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam  konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.


Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الم .  1
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ.  2
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُون.  3
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ .  4
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون.  5
6. إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ  



2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ | 256
اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ | 257


3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 )






Saka (keturunan)




Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh


1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap



Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….


Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

Friday, March 11, 2011

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

tips menghilangkan resah

Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah sebanyak-banyak nya di setiap waktu:


يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ


Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu


“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan.” (HR. Tirmidzi)


Jangan susah, jangan bibir sulit berzikir, baik ketika senang ataupun susah, karena Allah senang mendengar semua doa.


Bila Rezeki Terasa Sulit
Bila Anda merasa rezeki terasa sulit, ataupun ada fitnah dari orang lain, ada yang hendak berbuat zolim banyaklah membaca:


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ


Hasbunalloh wa ni’mal wakiil


“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.” (QS, Ali-Imran: 173)




Ketika Hati Cemas, Gundah, Takut...


Ambilah air wudhu, kemudian sholat sunnah Syukril wudhu, kemudian bacalah Surat Yasin, Surat Al-Waqi'ah dan Surat Ar-Rohman. Kalau Anda mau lebih nikmat lagi, bangunlah waktu subuh dan tahajudlah. Dan perbanyak Istighfar karena waktu itu membuat hati tenang, nikmat dan bahagia.


"Dan pada waktu sahur mereka ber Istighfar (minta ampunan)." (QS. Adz-Dyariyat: 18)

Thursday, March 10, 2011

PULIHKAN SEMANGAT DENGAN DOA

AMALKAN BACA DOA INI 
 SETIAP PAGI DAN MALAM MASA HENDAK TIDUR.

seelok2nya baca 3 kali. 
baca sambil fahami maksud doa ini dalam hati 

" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih,
 ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, 
aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan 
aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...