Wednesday, May 18, 2011

ye ke ni...fikir la

Terlalu LAMA BERDIRI?
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu LAMA DUDUK?
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh
menjadi kendur.

Terlalu LAMA MELIHAT?
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

Terlalu BANYAK TIDUR?
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan.
Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti
kemandulan.

Terlalu RIANG/GEMBIRA?
Merosakkan usus.

Terlalu KERAP MARAH?
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu BANYAK BERFIKIR?
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan
dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan
rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

Terlalu BANYAK BERSEDIH?
Merosakkan jantung.

Terlalu MERANA?
Merosakkan paru-paru.

Terlalu TAKUT?
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan
gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu KERAP TERKEJUT?
Merosakkan pundit hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid
menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

Terlalu BANYAK MAKAN?
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu
mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ?ragam?
lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

Terlalu BANYAK MINUM AIS?
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat
badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet
muda.

Terlalu BANYAK MASA LAPANG?
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan
suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa
lapang diisi dengan aktiviti hidup positif. 


Tuesday, May 10, 2011

TANDA-TANDA MATI DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH

 Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya: 




1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim) 

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudara�nya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud) 

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad) 

4. Mati syahid di dalam medan perang. 

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.” 

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenis�nya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi) 

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad) 

7. Mati kerana tenggelam. 

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad) 

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak. 

10. Mati terbakar. 

11. Mati kerana penyakit busung perut. 

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kala�ngan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad) 

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani) 

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad) 

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.” 

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).” 

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.
Amalan apa yang senang di terima.


Setiap pekerjaan lakukan dgn ikhlas walaupun tak mendapat ganjaran
di dunia insyaAllah Allah akan balas waktu kita betul2 memerlukannya

kisah yang benar2 berlaku

KISAH MENGENAI TIGA ORANG YANG BERADA DI DALAM GUA DAN TAWASSAUL MEREKA DENGAN AMALAN SOLEH MASING-MASING.

Hadis : 1568 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum keduaorang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya sertamembatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami darikesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.

bila doa makbul

DOA SESEORANG AKAN DIKABULKAN SELAGI DIA TIDAK TERGESA-GESA SEHINGGA DIA BERKATA, “AKU BERDOA TETAPI TIDAK DIMAKBULKAN”.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1564 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
DOA KETIKA MENDAPAT KESUSAHAN.


Hadis : 1563 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi s.a.w selalu berdoa
setiap kali mendapat kesusahan.


 doanya:



Amalan Sebelum Tidur

Doa dan zikir yang patut dibaca?
1. Hendaklah tidur dalam keadaan wudhu'.
Sebagaimana sabda Rasulullah :
إذا أتيتَ مضجعكَ فتوضأ وضوءك للصلاة
Maksudnya :"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu(hendak tidur)
maka hendaklah kamu berwudhu sebagaimana wudhu' hendak solat".
Apakah fadhilat tidur dalam keadaan wudhu'?
Sabda Rasulullah SAW :
من بات طاهراً بات في شعاره ملك ، فلم يستيقظ إلا قال الملك اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً
Maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan wudhu' maka akan tidur
malaikat di rambutnya satu malaikat.Tidak bangun dari tidur kecuali
malaikat tersebut berdoa:"Ya Allah,Engkau ampunkan hambaMu ini.
Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan wudhu'."
2. Baca ayat kursi.
Apakah fadhilatnya?
Diceritakan dalam hadith bahawa akan datang satu malaikat yang akan
menjaga orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur daripada gangguan
 jin dan syaitan serta segala keburukan.
Dalam erti kata lain malaikat menjadi pengawal kita ketika tidur daripada segala keburukan dan kejahatan.
3. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al Baqarah.
4. Membaca doa hendak tidur :
بسمك اللهم أموت و أحي
Maksudnya :"Dengan namaMU aku mati dan hidup".
5. Menadah tangan,membaca tiga Qul kemudian tiup di tapak tangan
 dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم
كان إذا آوى الى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيهما :
( قل هو الله أحد ) ( قل أعوذ برب الفلق ) ( قل أعوذ برب الناس )
، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه
ووج.هه وما أقبل من جسد ، يفعل ذلك ثلاث مرات . أخرجه البخاري

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...