Tuesday, May 22, 2012


HIDUP JANGAN LEKA DAN JANGAN TUNDA BERBUAT AMAL


Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya” Riwayat Hadith At-Tarmizi
Huraian
1. Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka.
2. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan.
3. Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir

Monday, May 21, 2012


TAHAP KEYAKINAN BERDOA PERLU TINGGI DAN PENUH HARAPAN
DAN PATUHI ADAB-ADABNYA

Hadith :

Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”
Huraian
Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa. Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat

Berdoa bermula dengan hati.

Mari kita kenali hati kita dengan lebih mendalam supaya setiap pertuturan doa dengan hati kita sentiasa seiring dengan kehendak doa yang kita pohon. Modah2an doa kita ni lahir dari hati yang betul2 ikhlas dan mengharap sepenuh perhatian daripad AllahS.W.T

1.Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini. Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.


2. Hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.


3.  Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi 
berpandukan arahan hati yang murni. 

4. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.





Sunday, May 20, 2012


PINTU LANGIT TERBUKA BULAN REJAB
 BULAN PENGAMPUNAN

1. Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan
    menyiram tanaman Ramadan bulan menuai 
2. Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan
    hati Ramadan menyucikan rohnya
3. Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat
    Ramadan bulan menggandakan kebajikan
4. Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah
    Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan
    mencurah banyaknya 
5. Rejab digandakan 70 pahala Sya'ban diganda
    700 pahala Ramadan diganda 1000 pahala



















- Ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan
  pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..


- Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar. Bulan
 yang dibukakan pintu langit untuk  menerima apa2 doa
 keampunan daripada dosa-dosa yang terdahulu.


Friday, May 18, 2012

1o ayat popular

10 surah yang mujarab



SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati


solat dhuha

1. SOLAT DHUHA
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.
Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:
1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.
Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.
Khasiat dan Fadilat
Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)
PANDUAN
(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhabsebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)
(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)
(3) Doa Selepas Solat Dhuha
Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu
Ya Allah, 
Jika memang rizkiku masih di atas langit, 
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi, 
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar, 
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram, 
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh, 
maka dekatkanlah ia
Berkat waktu dhuha-Mu, 
Keagungan-Mu, 
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan 
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani

Rahsia penyeri wajah.


Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13
 Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang2nya 5 kali sehari  dengan air wudhu.Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- 
DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!


Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:



1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.


3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.

4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.


5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.


7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa: 
"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.


Wasallam.


Doa dari CikGu Aliaazuan.


اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا



(Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.


Wasallam.


Doa dari CikGu Aliaazuan.


اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا




Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya.."

Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu...

Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu. Wallahu alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...