Tuesday, January 31, 2012

PERKARA PALING DITAKUTI SEWAKTU NAZAK




Syaitan & Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia
 mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada, 
syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah
 tergoda, berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.
Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk
 kita melakukan maksiat, tatapi dia datang untuk menukarkan
 akidah kita. Walaupun kita bergelar umat islam, namun belum
 pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.
Rombongan 1
Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik
 dan aneh seperti emas, perak, makanan dan minuman
 yang lazat-lazat. Jika sewaktu hidupnya dia seorang
 yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,
 maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga
 nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam
 keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.
Rombongan 2
Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti
 manusia seperti harimau, ular, singa atau kala jengking
 yang berbisa, maka dia meraung ketakutan semasa itu.
 Di waktu itu tercabutlah nyawanya.
Rombongan 3
Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi 
minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada
 burung, maka akan datang iblis itu menyerupai burung.
 Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba
 kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam
 golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.
Rombongan 4
Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
 oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu, dia berusaha
 untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu
. Apabila sampai waktu maut itu, matilah dia dalam keadaan
 fasik dan munafik.
Rombongan 5
Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara
 yang hendak mati itu. Contohnya, ibunya membawa makanan
 dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut
. Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan
 minuman tersebut. Maka jika dia sudi menerimanya dengan
 tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.
Rombongan 6
Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama’-ulama’ yang
 membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata, ”wahai muridku,
 lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kam
pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan 
doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”. 
Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan
 kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai
 ulama’ berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat
 agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu
 bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut
 menyatakan dia tidak tahu.Iblis itu mula memasang perangkapnya
 dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat 
,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi 
syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah
 disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah,
 hendaklah kamu patuh kepada kami”.Si bakal mati memandang
 ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya
 berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata”
 Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana
 perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar
 lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.Apabila tirai dibuka
 selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu
 benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit
 dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”.
 Si bakal mati pun berkata” Wahai guruku, bukankah ini benda yang
 benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
 ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
 mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
 Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci
 Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang
 kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.
Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut
 nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.
Rombongan 7
Iblis terdiri dari 72 barisan (menyerupai iktikad rasulullah bahawa 
umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak
 sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk
 ke neraka kerana kesesatan. Iblis mengacau dan menganggu si bakal
 mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.
Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan 
si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan
 lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai
 umat islam di ambang sakaratul maut.
Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung
 dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.
Rumah yang tidak dimasuki syaitan:


1- Penghuninya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.
2- Rumah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
 berzikir kepada Allah SWT. 
3- Penghuninya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan
 perbuatan tercela.
4- Penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah SWT 
5- Penghuninya tidak melakukan perbuatan haram. 
6- Penghuninya terdiri daripada pasangan yang Soleh dan Solehah. 
7- Penghuninya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa. 
8- Penghuninya sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah SWT. 
9- Penghuninya sentiasa menghubung Silatul Rahim. 
10- Penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan
 terhadap Allah SWT.

Saturday, January 28, 2012

Doa Untuk Anak Dengar Kata

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan 
sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, 
selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata,
 keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa 
adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak.
 Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah
 dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan 
dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang
 atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha
 kita menangani anak-anak zaman sekarang yang
 begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
 "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU
 (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU 
 LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI
 dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak,
 sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa
 ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang
 yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
 kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah
 kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 
Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ 
berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati

Thursday, January 26, 2012

DOA PENGASIH.


CARANYA;
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda,
 bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik,
 hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya.
 Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan
 hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan
 kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat,
 bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 



Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)



"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)




Doa untuk mengelak lupa

اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ،
 وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،
وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّ

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan
 Engkau kurangkan , 
Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami
 , jangan ditahannya ,
 dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan
 redhailah kami dan
 redhailah pula semua usaha kami”

AMALAN UNTUK DIKASIHI SEKALIAN MANUSIA

Doa supaya dicintai dan dikasihi manusia

SURAH AL- ANFAL 

"Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, 

nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia."






Terjemahannya:

Ayat 62: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Ayat 63 : Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.





Wednesday, January 25, 2012

Cara menghindari gangguan syaitan untuk bersolat

Syaitan Khanzab,Sifat Dan Kejahatannya:

Solat adalah ibadah yang paling tinggi untuk menentukan posisi seseorang hamba di akhirat kelak. Jika solatnya baik, maka baiklah nilai amal yang lain, begitu pula sebaliknya. Wajar jika iblis menugaskan tentara-tenteranya untuk melalaikan dan merosakkan solat seseorang. Sebenarnya ada syaitan spisis yang mengganggu orang solat, membuat kejahatan pelbagai cara untuk menjadikan solat seseorang individu itu tidak bernilai disisi Allah Ta'ala. Syaitan itu bernama ‘Khanzab’.


Utsman bin Abi al-'Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah Saw. tentang setan yang menggoda-halanginya ketika salat, dan Rasulullah Saw. pun bersabda:













"Itulah setan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan meludah kecillah ke arah kirimu tiga kali. "Aku lalu mengamalkannya;" kata Utsman, "dan Allah pun menghilangkannya dariku."

(HR Muslim) 



1. Niat Solat

Sebagaimana halnya dengan wuduk, serangan pertama yang dilakukan syaitan kepada orang yang solat adalah menyibukkan ia untuk melafazkan niat. Terkadang diiringi dengan gerakan yang pelik, dia membaca niat lalu mengangkat tangannya, lalu gagal dan diturunkan kembali tangannya. Dia ulang perbuatan tersebut lagi seperti itu berkali-kali hingga terkadang Imam sudah rukuk atau sujud, sementara itu,ia masih dipermainkan syaitan dalam niat dan takbirnya.Dan ada sesetengah individu pula melalukan perbuatan tersebut bermula pada niat dan takbirnya selepas itu pula melarat ke bacaan Al-fatihah diulang-ulang kerana ia merasakan tidak yakin dengan bacaannya,kadang-kadang perbuatan itu berlaku hingga habis waktu solat fardhu tersebut.itulah serangan yang paling dasyat sekali pernah berlaku didalam masyarakat kita hari ini.


Niat dan usaha menghadirkan hati memang dituntut ketika hendak solat,tetapi mengulanginya berkali-kali dan keraguan (was was) serta tidak yakin itu adalah bisikan syaitan Khanzab.perbuatan-berbuatan tersebut akan melemahkan IMAN seseorang,kita "wajib" lah melawan penyakit sedemikian.



2. Ingat Perkara Diluar Solat 

Serangan kedua, syaitan akan mendatangi orang yang tengah mengerjakan solat untuk mengingatkan urusan di luar solat. Maka berapa banyak orang yang jasadnya mengerjakan solat namun hatinya sibuk dengan hal-hal keduniaan, mengingat barang yang telah hilang,bahkan mengingati urusan-urusan ‘kebaikan’ yang tidak ada hubungannya dengan solat. Tidak hairanlah jika seseorang itu menjadi ingat pada barang-barang yang mana ia lupa sebelumnya. Syaitan rela ‘membantu’ orang itu untuk mengingatkan dan menemukan barangnya kembali, asalkan solat yang dikerjakan menjadi rosak dan tidak bernilai disisi Allah. 


Pernah di zaman Salaf ada seseorang kehilangan barang,lalu ada seorang itu menyarankan agar ia mengerjakan solat dan dia pun segera melaksanakan solat. Ajaib!!!, belum lagi ia menunaikan solat tiba-tiba dia beranjak dari tempatnya dan mengambil barang yang telah dia ingat kembali dimana letaknya ketika hendak solat. Diapun ditanya: “Apa yang kamu dapat ketika solat?” Dia menjawab: “Aku mendapat bahawa syaitan mencuri perhatian aku dari solat.” 


Ada yang terlalu asyik dengan khayalan dan pikirannya tentang urusan di luar solat, hingga dia lupa sudah berapa rakaat yang telah dia kerjakan. Tentang godaan syaitan ini, Nabi SAW. bersabda:

“Jika Azan Solat berkumandang, syaitan akan lari berkeliaran sambil mengeluarkan bunyi kentutnya sehingga tidak mendengar azan. Jika azan telah selesai dia pun akan datanag kembali menggoda. Ketika iqamat berkumandang syaitan pun akan lari hingga selesai iqamat syaitan akan mendatangi orang yang solat lalu membisikkan ke hati seseorang sambil berkata: ‘Ingat ini..ingat itu..’ setan mengingatkan apa-apa yang telah dia lupakan hingga seseorang tidak mengetahui berapa rekaat yang telah ia kerjakan.” 

(HR al-Bukhari) 


3. Ragu antara Kentut dan Tidak

Ada kalanya muncul dalam benak seseorang keraguan, apakah dia kentut ataupun tidak. Ini adalah keraguan yang dibisikkan oleh syaitan untuk mengangu solat seseorang. Dia tidak lagi konsentrasi dengan solatnya kerana ragu, atau dia akan membatalkan solatnya, lalu dia berwuduk kembali dan menunaikan solatnya semula, lalu akan digoda lagi dengan cara yang sama. Sehinggakan untuk satu solat dia boleh mengulangi tiga sampai empat kali berwuduk. Cuba bayangkan, seandainya ada lima orang saja dalam satu masjid yang terkena godaan ini, niscaya boleh mengangu jama’ah yang lain.


Untuk menjauhi godaan tersebut Nabi s.a.w memberikan penyelesaiannya:

“Jika salah seorang di antara kamu mendapatkan yang demikian itu maka janganlah membatalkan solatnya hingga dia mendengar suaranya dan mencium baunya tanpa ragu." 

(HR Ahmad)



Di antara ulama ada yang menyebutkan bahwa hadith ini merupakan salah satu pengecualian dari hadith,"tinggalkan apa yang meragukan dan ambil sesuatu yang tidak meragukan". Dalam keadaan ini kita dilarang membatalkan solat apabila dalam keadaan keraguan diantara kentut dan tidak, kecuali jika mencium bau kentut tersebut atau mendengar suaranya (kentut).



4. Mencuri Perhatian

Kita juga sering melihat atau mengalami sendiri menengok ketika dalam solat kadang-kadang kita tidak menyedari perbuatan tersebut kerana terbiasa. Ini juga tidak lepas dari serangan syaitan yang ingin merosakkan solat kita. 

Nabi s.a.w ditanya tentang orang yang menoleh ke kanan dan ke kiri, beliau menjawab:

“Itu adalah syaitan yang mencuri perhatian seorang hamba dari solatnya.” 

(HR Al-Bukhari dan Abu Dawud)



Untuk menjauhi perbuatan yanag sia-sia ini, hendaklah orang yang bersolat berusaha menghadirkan hatinya, bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu

Tuesday, January 24, 2012

untuk mendapat pangkat yang baik

‘Ayat Kursy” Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa
 mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan
 dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,
 dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
 orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala 
bencana dengan izin Allah.
Bagi yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya
 lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah 
akan majulah perniagaannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...