Wednesday, December 21, 2011

CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS

Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran



Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Maksudnya :
[1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami. 
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita

Tuesday, December 20, 2011

Bagaimana nak hilangkan tekanan perasaan



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup.

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk 
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan 
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan 
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca 
akan mudah diingati. 


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca 
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca 
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti 
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai 
teman paling akrab pada sepanjang waktu. 


3) Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal 
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat 
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 


4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini 
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan 
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa.


 5) Bersangka baik dengan Allah 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan 
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang 
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, 
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya 
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa 
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak 
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita 
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan 
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita 
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga 
akan bertambah erat dan kukuh. 


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis. 


8) Menangis dengan sepuas hati 
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 


9) Hargai kebolehan diri sendiri 
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita 
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk 
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. 
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan 
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai 
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 



10) Cintai diri sendiri 
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sunday, December 18, 2011

Rahsia penyeri wajah.


TIPS DAPATKAN WAJAH DAN HATI YANG CANTIK.
 Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang2nya 5 kali sehari  dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- 
· Untuk punya bibir cantik,


1. bisikkan kalimat-kalimat Allah,
2. tidak berbohong
3. menyakiti hati orang lain,

4. tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus,


1. diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. 

2.Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih.
· Untuk lebih dikenali,
1. sebarkan salam dan sapaan. 
Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, Rahsia angka 13
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. 

PETUA ANAK MENDENGAR KATA IBU BAPA


Memasak makanan sendiri lebih bagus, kerana air tangan kita masuk dlm makanan yg kita masak untuk anak2. Semasa membasuh beras bacalah selawat dan berdoa :

Ya Allah,ya Tuhanku sebagaimana bersihnya beras ini, bersihkanlah jiwa anak-anakku. Semasa kacau beras, kacaulah ikut lawan putaran jam dan berdoa lagi, Ya Allah, ya Tuhanku selembut mana nasi ini, Engkau lembutkanlah hati anak2 ku.

1.Selalu buat sup utk anak2 tapi jgn selalu bg sup ayam kecuali ayam kampung..
2.Dalam sup letakkan 2 jenis sayur.
3.Banyakkan daun salad,daun sup, tauhu,kentang dan lobak.
4.Ajarkan doa makan kepada anak.
5.Biasakan gunakan bekas kaca atau stainless steel. Kerana tapeware byk bhn kimia.
6.ELAKKAN MAKANAN RINGAN SPT COKELAT DAN GULA DAN JAJAN. Bhn2 ini menyebabkan kurang oksigen dlm otak dan anak jd perengus.
7.Bykkan minum jus yg dibuat sendiri.
TIPS PEMBUKA PINTU REZEKI

Apabila kita mengalami kesusahan di dalam mencari rezeki,
janganlah rungsing sebaiknya kita harus muhasabah diri mencari
 penyebabnya,mungkin kita terlalu boros atau  kerana kurang 
berhati-hati.

Ikutlah tip-tips ini untuk memudahkan rezeki tu masuk 
dengan lancar Insyaallah;

1. Setiap hari jumaat sedekah kepada sekurang2nya

 7 anak yatim.
2. Setiap bertemu dengan orang buta yang meminta-minta 

segeralah diberi.
3. Ikhlaskan yang berhutang yang tidak mampu membayar.
4. Selalu cium tangan  rakan atau saudara sekiranya

 dah lama tak berjumpa .
5. Silaturahim kepada orang yang rajin mencari wang.
6. Jangan bergaul dengan orang yang suka mengeluh

/susah,tetapi bantulah mereka.
7. Jaga tempat air mandi/minum/lainnya jangan

 sampai kosong.
8. Pelihara tanaman/haiwan yang membawa  rezeki.

Saturday, December 17, 2011

AMALAN UNTUK ORANG YG TERANIAYA

DOA UNTUK ORANG YANG TERANIAYA

awal Juz 6 Surat al Nisa ayat 148 yang berbunyi:

لا یحب الله الجهر باسوء من القول الا من ظلم وکان الله سمیعا علیمالا

artinya: Allah tidak menyukai perbuatan buruk yang diucapkan secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

Ayat ini “menghalalkan” perkataan buruk atau sumpah serapah yang dilakukan oleh orang orang yang teraniaya atau terzalimi, dan itu semua dikategorikan kedalam “doa”. Doa orang orang yang terzalimi adalah mujarab , langsung didengar dan dikabulkan olehNya, 

sebagaimana termaktub dalam sebuah hadits, yang berbunyi:

YANG PASTI ALLAH MAKBULKAN

“Hati-hatilah terhadap doa orang yang terzalimi, karena tidak ada suatu penghalang pun antara doa tersebut dan Allah.” (HR Bukhari).

Di tangan mereka, doa lebih tajam dari pedang dan lebih hebat dari pasukan bersenjata. Maka, hati-hatilah terhadap doa orang terzalimi! Karena jika sudah keluar dari mulut, ia akan berjalan menuju langit. Segera melampaui cakrawala, menembus angkasa, dan diijabahi Sang Maha kuasa

Thursday, December 15, 2011

DOA SELESAI HUTANG

Marilah kita sama2 berdoa kepada Allah swt agar dijauhi segala azab dan dapat melunaskan hutang serta membebaskan diri dari kemiskinan.

Kisah disebalik doa ini:
Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Syaidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Syaidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dan berdoa di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung.

Wednesday, December 14, 2011

PETUA HATI TENANG

Membaca al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang resah-gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar mengunjungi tiga tempat, iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.




Adab-adab zahir pula begitu banyak dan perlu dipatuhi di antaranya:


1. Membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk. Al-Quran hendaklah diambil dengan tangan kanan, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan.
2. Al-Quran hendaklah dibaca di tempat yang bersih, seperti di rumah, di masjid atau lain-lain tempat. Paling utama ialah di masjid.
3. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seseorang itu hendaklah bersugi sebelum itu.
4. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan mengadap kiblat. Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang bersesuaian.
5. Sebelum membaca, seseorang itu hendaklah berlindung kepada Allah, yang diistilahkan sebagai ``at-ta'awwuz.'' Setelah itu barulah membaca Bismillah. Dilakukan demikian agar ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca yang boleh menghilangkan rasa konsentrasi. Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah agar hatinya menjadi terang dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugerahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
6. Al-Quran hendaklah dibaca dalam keadaan tertib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Dalam surah al-Muzamil: 4 terdapat firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah al-Quran itu dengan tertib banyak memberi kesan pada jiwa, lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat pada Allah yang menguasai alam.
7. Bagi mereka yang berupaya menguasai makna dan maksud ayat-ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki. Lidahnya menuturkan bacaan kalamullah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti juga maksud yang terkandung dalam ayat-ayat tadi. Dengan berbuat demikian ia akan memperoleh penghayatan bacaan yang sebenar. Keadaan seperti ini akan mendorong untuk mengamalkan isi al-Quran

Saturday, December 10, 2011

.

Allah tetap akan perkenan doa dengan 3 cara.

Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.
.Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba  kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.
.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.”    (H.R. Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai oleh Allah selain daripada doa.”
.Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca Al-Fatihah terdapat maksudnya: “Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.
Sabda Rasulullah SAW: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).
.Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf: 180:“Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa yang dipanjatkan.
Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).
.
.
TUJUAN BERDOA:
  1. Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
  2. Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
  3. Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.
.
.
SYARAT DOA
Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:
  1. Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.
  2. Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.
  3. Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.
  4. Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.
  5. Tidak berdoa untuk perkara maksiat.
  6. Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
  7. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.
  8. Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
  9. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
  10. Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.
  11. Tidak gopoh. Jangan mengharap pengmakbulan serta-merta.
  12. Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.



DIPERKENANKAN DOA
Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.
Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklah bersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadap qadak dan qadar ketentuan-Nya.
Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.
.
Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:
1.     Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.
2.     Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.
3.     Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.”   (HR Ahmad dan Hakim)
.
.
HIKMAH BERDOA
  1. Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.
  2. Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.
  3. Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...