Saturday, October 27, 2012

DOA UNTUK ANAK NAKAL

Sunday, October 21, 2012


Doa Untuk Anak Dengar Kata



patuh, jujur berkata, taat pada ibu bapa, amalan menjadikan anak jujur
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan
 sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, 
selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala
 kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa
 adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam
 jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan
 yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan
 dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang
 atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita 
menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif.
 Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
 "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU 
(SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN
 NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan 
atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan 
lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan 
kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta
 bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,
 Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. 
Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati

 Tiap tiap malam, baca doa kat bawah ni , hembus pada tapak tangan 
kanan dan usap kepala anak kita ALLAHUMMAJ’ALNI 
MAHBUUBAN FII QULUUUBIL MU’MINIINA WAL 
MU’MINAATI WAL MUSLIMIINA WAL MUSLIMAATI.
 FABASYSYIRNII WABALLIGHNI WABILGHAINA 
ILAA MI-ATIN WA’ISYRIINA SANATAN. FALLAAHU
 KHAYRUN HAAFIZHAA WAHUWA ARHAMUR-RAAHIMIIN

Friday, October 19, 2012


ISTIDRAJ   TAK SOLAT TAPI BERJAYA 
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Wednesday, October 10, 2012

KEKUATAN PADA SUNNAH NABI SAW YANG PERLU DIAMALKAN
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

Tuesday, October 9, 2012

 AMALKAN SURAH ALINSYIRAH BILA JALAN BUNTU

Apabila semua jalan terasa buntu oleh kamu , maka fikirkan lah janji Allah yang termaktub dalam Surah Al-Insyirah.
    Ibnu Al-Jauzi mengatakan: "Suatu urusan menghimpit ku sehingga membuat ku cemas dan gelisah berpanjangan. Aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dan melakukan bermacam-macam cara dan usaha. Tetapi aku tidak menemui satu penyelesaian pun untuk keluar daripadanya, hingga aku menemui sepotong ayat yang menawarkan kepada ku, ayat itu berbunyi :


Maksudnya: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya."
( Surah at-Thalaq, ayat 2 )

     Setelah itu aku sedar bahawa ketakwaan adalah satu-satunya jalan keluar dari kebingungan. Itulah sebabnya aku berusaha meningkatkan ketakwaan ku, maka aku pun menemui jalan keluarnya.
     Menurut pendapat ku, takwa menurut orang-orang yang berakal merupakan penyebab segala kebaikkan. Tidaklah sesekali terjadi seksaan, melainkan kerana dosa, dan tidak sesekali seksaan dihilangkan, melainkan kerana taubat. Kekeruhan, kesedihan dan kesengsaraan adalah merupakan balasan dari pelbagai perbuatan yang telah aku lakukan, seperti mengerjakan solat sambil lewa, mengumpat wanita muslimah, tidak mementingkan hijab, atau melakukan sesuatu yang diharamkan.
     Sesungguhnya, orang-orang yang menentang jalan Allah s.a.w. mesti membayar harga penentangannya itu dan menutupi kelalaiannya dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana kamu memohon kebahagiaan kepada selain Allah s.w.t. ? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka tidak akan ada lagi orang-orang yang sedih dan sengsara di muka bumi ini.


KELEBIHAN ZIKIR

Abu Musa r.a. memberitakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : " Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan (kerana Allah) dan seorang lagi sedang sibuk berzikir , maka yang berzikir itu lebih utama (dari orang yang membelanjakan wangnya kepada jalan Allah."
     Sungguhpun membelanjakan harta pada jalan Allah adalah satu amalan yang terafdhal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya.
     Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaannya pada jalan Allah s.w.t. dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati Allah s.w.t. Didalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa Allah s.w.t. juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kurniaan yang lebih besar daripada taufik untuk berzikir.
     Orang-orang yang sibuk dengan perniagaan, perdagangan, pertanian dan dengan pekerjaan masing-masing jika mereka melapangkan masa sedikit sebanyak maka sudah pasti mereka akan memperolehi keuntungan yang tidak terkira banyaknya. Melapangkan masa beberapa jam daripada 24 jam untuk menyelenggarakan amalan yang terpenting ini tidaklah menyukarkan. Masa yang tidak terbatas banyaknya yang dipergunakan untuk perbuatan yang sia-sia telah menjadi perkara lumrah. Jika dilapangkan masa sedikit untuk amalan yang terutama ini tidaklah memberatkan.
     Dilaporkan dalan sebuah hadis bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sebaik-baik hamba Allah ialah yang sentiasa mengawasi peredaran bulan, matahari , bintang-bintang dan bayangan-bayangannya buat menentukan waktu untuk berzikir." Sungguhpun manusia dewasa ini menggunakan jam, taqwim dan lain-lainnya namun peredaran masa menerusi peredaran bulan dan matahari itu lebih manfaat. Jika sekiranya jam rosak atau waktunya tidak tepat maka boleh menggunakan taqwim syamsi tadi agar masa yang amat berharga itu jangan tersia-sia. Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa jika seseorang yang berzikrullah dimana-mana bahagian dipermukaan bumi ini maka bahagian itu berbangga keatas tujuh petala bumi

Kelebihan ZikIR


1) Mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada 

hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam diri.

2) Menimbulkan kejernihan dan kemanisan pada hati dan wajah

3) Mendapat kasih sayang, kecintaan dan keampunan daripada 

Allah S.W.T, serta dimurahkan rezeki.

4) Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada

 di dalam kesusahan dan kedukaan.

5) Menghampirkan diri kepada Allah serta membuka seluas-luasnya

 pintu segala kebaikan.

6) Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga niat buruk

 seseorang terhadapnya.

7) Menghilangkan kerungsingan dan keresahan hati serta menjauhkan

 diri dari segala kebimbangan dan ketakutan.

8) Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit-penyakitnya

 serta menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

9) Mendapatakan penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat.

10) Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan

 kerajaan Allah.

11) Mendapat nur (cahaya) daripada Allah S.W.T di dunia, ketika 

di alam barzakh dan ketika melalui titian siratu kelak.

12) Menjadi pendinding dan perisai dari seksaan neraka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...