Sunday, February 24, 2013

TIPS KESIHATAN DARI NABI MUHAMMAD SAW


  1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.  

  2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

  3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 

  4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin

40 KEISTIMEWAAN WANITA


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
AYAT CINTA DAN POWER UNTUK ALLAH SWT

Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah 
dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan.


1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah..
MANUSIA MAMPU UBAH TAKDIR



Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi)

Waktu-waktu bahaya kepada jantung manusia 
yang perlu diberi perhatian antaranya:
 
1. Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi, ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Beri sedikit masa pada tubuh anda sebelum betul-betul sedar atau bangun daripada tidur. Janganlah terus bangkit dari tidur dengan serta merta dan tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit.
 
>> Lakukan senaman ringan pada tubuh badan.
 
2. Waktu Pagi Isnin
Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Bangun awal selepas tidur lewat pada hujung minggu boleh menaikkan tekanan darah kerana tubuh berasa lesu dan ritma  semula jadi tubuh terganggu.
 
3. Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Amalkan cara pemakanan yang sihat.
>> Mengambil aspirin setiap hari membantu mencegah darah daripada bergumpal.
 
4. Waktu Dalam Tandas
 
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Untuk mengelakkan daripada meneran, makan lebih banyak serat dan minum banyak air.
 
 
5. Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)
 
Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Kerap melakukan senaman bagi melindungi jantung, tetapi tingkatkan tahap intensiti secara berperingkat.
 
6. Waktu Bimbang Dan Runsing
Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.
 
Lindungi Diri Dengan Cara: 
 
>> Tenangkan diri.

Saturday, February 23, 2013


ILMU PELARIS KERANA DOAKAN KEDUA IBUBAPA


Rassulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu... 


Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 


Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada ) 

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa 
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan 
Bayangkan wajah kedua orang tua kita 
, termasuk guru2 Kita dan mereka2 
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
Oleh Allah SWT. 


Kesimpulannya: 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa 
Doakan ibu bapa kita setiap hari 

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita 
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 

InsyaAllah 
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. . 


Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 


Caranya : 
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal 
:  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung :
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan :
 jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : 
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : 
Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : 
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Tuesday, February 19, 2013

BAHAYA SOTONG KERING

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.....

Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. 
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.

“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.

“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.

Saturday, February 16, 2013

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.



Photo: Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

Friday, February 15, 2013

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, February 14, 2013


WANITA HEBAT WANITA CEKAL


KONGSI CERITA INI UNTUK KEHEBATAN SEORANG WANITA
Ghazwah Badar al-Kubra adalah satu daripada peristiwa paling penting dalam sejarah Islam. Tentera Islam yang berjumlah 313 orang dianugerahi kemenangan besar, mengalahkan pihak lawan yang berjumlah lebih daripada 1000 orang.
Pertempuran hebat ini berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah berbetulan Ramadan pertama disyariatkan puasa.
Kitab-kitab sejarah tidak mencatatkan keterlibatan wanita secara langsung dalam peperangan ini. Ahli pasukan yang berangkat bersama Rasulullah s.a.w. dari Madinah pada 8 atau 12 Ramadan tahun ke-2 hijrah semuanya lelaki. Mereka tidak membawa kelengkapan yang secukupkan untuk berperang. Yang ada bersama mereka hanyalah dua ekor kuda kepunyaan Zubayr bin al-‘Awwam dan Miqdad bin al-Aswad, 70 ekor unta yang setiap satunya dikongsi tunggang oleh dua atau tiga orang secara bergilir. Rasulullah s.a.w. berkongsi menaiki seekor unta secara bergilir-gilir dengan Ali bin Abi Talib dan Mirthad bin Abi Mirthad.
Meskipun tidak ada wanita yang terlibat secara langsung dalam pertempuran yang bersejarah ini, namun terdapat beberapa nama wanita yang terkait dengan peristiwa besar ini yang dapat diambil pengajaran mengenai kedudukan wanita dalam ajaran Islam. Antara nama-nama yang tercatat mempunyai kaitan dengan Ghazwah Badar al-Kubra ialah:
i. Atikah binti Abdul Muttalib
Tiga hari sebelum kedatangan Dhamdham bin ‘Amru al-Ghifari yang diutus oleh Abu Sufyan untuk memberi amaran kepada puak Quraisy tentang keberangkatan Muhammad s.a.w. untuk menyekat kafilahnya dan mendapatkan bantuan, Atikah binti Abdul Muttalib telah mengalami satu mimpi yang amat mengerikan; seorang penunggang unta memasuki Makkah sambil melaungkan suara meminta supaya mereka bersiap sedia menghadapi peperangan yang akan berlaku dalam masa tiga hari lagi. Penunggang unta itu memasuki Masjid al-Haram, memanjat Kaabah dan kemudian naik ke atas puncak bukit Abi Qubays. Kemudian di puncak bukit Abi Qubays itu dia mengambil seketul batu lalu dicampakkan ke bawah. Apabila mencecah kaki bukit, batu itu berkecai. Serpihan batu itu memasuki setiap rumah dan kediaman di dalam kota Makkah. Tidak ada sebuah rumah pun yang terkecuali.
Atikah menceritakan mimpi ngerinya itu kepada saudaranya al-‘Abbas bin Abdul Muttalib. Al-‘Abbas yakin bahawa ia merupakan satu mimpi yang benar. Dia meminta supaya Atikah merahsiakan mimpi itu dan jangan menceritakannya kepada sesiapa pun.
Di luar, al-‘Abbas bertemu dengan sahabat karibnya al-Walid bin ’Utbah. Dia menceritakan mimpi Atikah kepada al-Walid dan meminta supaya al-Walid merahsiakannya. Al-Walid pula menceritakannya kepada ayahnya, ’Utbah. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pelosok bumi Makkah. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Abu Jahal, dengan sombongnya dia menolak mimpi itu sambil berkata kepada al-’Abbas: ”Wahai Bani Abdul Muttalib! Adakah tidak cukup lagi lelaki kamu mendakwa menjadi nabi sehingga wanita pula yang mendakwa menjadi nabi? Kita akan lihat selepas tiga hari. Sekiranya benar apa yang kamu dakwa maka ia akan berlaku. Sekiranya tidak, kami akan rekodkan suatu catatan bahawa keluarga kamu adalah keluarga yang paling pendusta!”
Pengajarannya: Wanita sering dituduh sebagai golongan yang tidak pandai menyimpan rahsia. Namun tidak semua rahsia dibocorkan oleh wanita. Dan bukan lelaki sahaja yang berhak mendapat maklumat awal mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan kepentingan umat dan negara.
ii. Zainab binti Muhammad s.a.w.
Antara tawanan perang Badar yang dibawa pulang ke Madinah ialah Abu al-’As bin ar-Rabi’ menantu Rasulullah s.a.w., iaitu suami kepada puteri baginda Zainab binti Muhammad s.a.w. dan anak saudara kepada Khadijah binti Khuwailid r.a.
Abu al-’As yang ditawan oleh Kharrasy bin as-Simah adalah seorang yang terbilang dari segi kedudukan, harta, perniagaan serta terkenal sebagai seorang yang amanah. Dia telah berkahwin dengan Zainab sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul atas cadangan Khadijah r.a. dan dipersetujui oleh baginda s.a.w. Setelah baginda diangkat menjadi Rasul, Khadijah dan semua puterinya termasuk Zainab telah beriman kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya. Namun Abu al-’As kekal dalam agama asalnya.
Abu al-’As mendapat tekanan daripada kaum Quraisy yang memusuhi Rasulullah s.a.w. kerana dakwahnya. Mereka mendesak Abu al-’As supaya menceraikan Zainab dan menawarkan mana-mana perempuan Quraisy sebagai ganti. Namun Abu al-’As enggan berbuat demikian. Baginya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Zainab di hatinya.
Apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Zainab tinggal di Makkah bersama Abu al-’As. Mereka tidak dipisahkan meskipun berlainan agama. Hukum Islam belum diturunkan sepenuhnya ketika itu.
Rasulullah s.a.w. membebaskan tawanan-tawanan Badar dengan mengambil tebusan. Zainab mengirimkan kalung yang dihadiahkan bondanya Khadijah r.a. pada hari perkahwinannya untuk menebus suaminya Abu al-’As. Melihat kalung tersebut, hati baginda s.a.w. sangat tersentuh. Rasulullah s.a.w. meminta izin daripada para sahabat r.a. untuk membebaskan Abu al-’As dan memulangkan kembali kalung itu kepada Zainab. Mereka semua bersetuju. Maka Rasulullah s.a.w. membebaskan Abu al-’As dengan syarat dia mengizinkan Zainab berijrah ke Madinah di sisi ayahandanya.
Badar al-Kubra dan wanita – Bahagian II 28 September 2009
Abu al-’As bersetuju dengan syarat Rasulullah s.a.w. Beliau berangkat pulang ke Makkah. Setelah tiba, dia menyuruh Zainab yang ketika itu sedang hamil bersiap sedia untuk berhijrah. Rasulullah s.a.w. mengutus Zaid bin Harithah dan seorang lelaki daripada kalangan al-Ansar supaya menunggu Zainab di Batn Ya’jaj, kemudian mengiringinya hingga ke Madinah.
Ketika sedang membuat persiapan untuk berhijrah, Zainab dikunjungi oleh Hindun binti ’Utbah. Dia bertanya sama ada benar atau tidak Zainab hendak berhijrah. Zainab menafikannya. Namun Hindun tidak percaya, sebaliknya menawarkan pertolongan kepada Zainab sama ada wang atau barang-barang keperluan. Pertolongan yang ditawarkan memang diperlukan oleh Zainab, namun dia menolaknya kerana tidak yakin akan keikhlasan wanita itu. Setelah selesai bersiap, iparnya Kinanah bin al-Rabi’ datang membawa seekor unta untuk dinaiki oleh Zainab. Dengan bersenjatakan panah, Kinanah mengheret unta yang ditunggangi Zainab membawanya keluar dari Makkah pada waktu siang.
Apabila pihak Quraisy mengetahui keberangkatan Zainab dan iparnya, mereka berasa tercabar dan mengejar untuk menghalangnya. Orang yang pertama bertemu dengan Zainab ialah Hubar bin al-Aswad di Dzi Tuwa kemudian diikuti yang lain. Sedar akan dirinya dikejar musuh, Zainab yang berada di dalam sekedup di atas belakang unta terperanjat dan ketakutan sehingga gugur kandungannya. Kinanah melutut di hadapan unta dan menaburkan anak panahnya seraya berkata: ”Demi Allah! Siapa saja antara kalian yang rapat, aku hadiahkannya sebatang panah ini!”
Semua mereka tidak berani berbuat apa-apa sehingga datang Abu Sufyan bersama beberapa orang pembesar Quraisy. Abu Sufyan berkata: ”Wahai jejaka, simpan dulu panahmu! Mari kita berbincang!”
Kinanah meletakkan panahnya. Abu Sufyan menapak dan berhenti di hadapannya lantas berkata: ”Sesungguhnya tindakan kamu ini tidak tepat. Kamu membawa keluar seorang wanita secara terang-terang disaksikan oleh semua orang. Kamu tahu kekalahan dan kecelakaan yang menimpa kami serta apa yang dilakukan oleh Muhammad ke atas kami. Sekiranya kamu bertindak membawa anak perempuannya keluar secara terang-terangan sebegini, ditontoni semua manusia pasti mereka akan menyangka bahawa perkara ini disebabkan ketewasan yang menimpa kami dan ketidak upayaan kami menghalang kamu. Demi umurku, sesungguhnya kami tidak berhajat untuk menghalang wanita ini mendapatkan ayahnya. Bukan untuk itu kami berjuang. Tetapi aku meminta kamu bawalah wanita ini pulang. Apabila suara-suara telah reda, dan orang ramai tahu bahawa kami telah berjaya membawanya pulang, bawalah dia pergi menemui ayahnya secara bersembunyi.”
Kinanah menerima cadangan Abu Sufyan. Beberapa hari kemudian, apabila keadaan telah reda dia membawa Zainab keluar pada waktu malam dan menyerahkannya kepada Zaid yang sedang menunggu di Batn Ya’jaj untuk dihantar ke rumah ayahandanya, Rasulullah s.a.w. Tinggallah Zainab bersama ayahandanya di Madinah, manakala suaminya Abu al-’As menetap di Makkah.
Saat hampir tiba Fathu Makkah, Abu al-’As keluar berniaga di Syam dengan membawa modal dan barang-barangnya sendiri dan modal serta barang yang diamanahkan kepadanya oleh kaum Quraisy. Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan pasukan tentera Islam. Semua harta dan barang dagangannya tertawan tetapi dia sendiri terlepas. Abu al-’As menyusup masuk ke Madinah waktu tengah malam untuk mendapatkan kembali hartanya. Dia meminta Zainab melindunginya dan Zainab membenarkan dia bermalam di rumahnya.
Menjelang waktu Subuh, Rasulullah s.a.w. keluar untuk bersolat di masjid bersama kaum muslimin. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama para jamaah, mungkin atas rasa bersalah melindungi seorang musyrik atau tidak mahu Rasulullah s.a.w. dituduh bersubahat, Zainab melaungkan suara dari saf wanita: ”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku memberi perlindungan kepada Abu al-’As!”
Selesai solat, Rasulullah s.a.w. bertanya para jamaah, adakah mereka mendengar apa yang didengarnya? Mereka juga mendengar apa yang baginda dengar. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): ”Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa sehinggalah aku mendengar suara yang kamu dengar sebentar tadi…” Kemudian baginda bergegas menemui Zainab. Baginda berkata kepadanya: ”Wahai puteriku, muliakanlah tempat tinggalnya tapi jangan biarkan dia mendekatimu. Sesungguhnya dia sekarang tidak halal bagimu.”
Rasulullah s.a.w. memanggil pasukan tentera yang menawan harta Abu al-’As. Baginda berkata kepada mereka (maksudnya): ”Sesungguhnya lelaki ini adalah keluarga kami seperti yang kamu tahu. Kamu telah menawan hartanya. Sekiranya kamu bermurah hati memulangkan hartanya, itulah yang kami sukai. Sekiranya kamu enggan, maka itu adalah pemberian Allah kepada kamu dan kamu lebih berhak ke atasnya.”
Semua mereka bersetuju memulangkan semua harta dan barang Abu al-’As. Abu al-’As membawa pulang ke Makkah semua harta itu dan memulangkan kepada mereka yang telah mengamanahkannya. Dia bertanya kepada kaum Quraisy adakah masih ada lagi harta mereka yang belum dipulangkan? Mereka menjawab, ”Tidak ada” sambil mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan kesetiaannya. Lalu beliau mengisytiharkan: Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Demi Allah tiada yang menghalang aku untuk memeluk Islam ketika berada di sisinya di Madinah melainkan aku takut kamu menuduh aku hendak makan harta kamu. Apabila Allah telah mengembalikannya kepada kamu dan aku telah menyelesaikan tanggungjawabku, aku memilih untuk memeluk Islam.
Abu al-’As terus berangkat meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Maka Rasulullah s.a.w. menyatukannya semula dengan isteri kesayangannya, Zainab binti Rasulullah s.a.w.
Pengajaran: Sehebat manapun cinta antara manusia, cinta Allah dan Rasul itulah yang lebih utama.
Badar Al-Kubra dan wanita – Bahagian III (Akhir) 29 September 2009
iii. Ruqayyah binti Muhammad s.a.w.
Ruqayyah adalah puteri kedua selepas Zainab. Ummu Kulthum pula lahir selepas Ruqayyah. Ketika Ruqayyah dan Ummu Kulthum mendekati usia perkawinan, Abu Talib meminang mereka berdua untuk kedua-dua putera Abu Lahab. Ruqayyah berkahwin dengan ‘Utbah, dan Ummu Kulthum berkahwin dengan ‘Utaibah.
Tidak lama setelah perkahwinan itu, Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi rasul. Abu Lahab yang sangat memusuhi Islam memerintahkan kedua-dua anak lelakinya agar menceraikan isteri-isteri mereka. Maka atas perintah bapa, ’Utbah dan ’Utaibah menceraikan isteri mereka, Ruqayyah dan Ummu Kulthum tanpa alasan. Setelah diceraikan oleh ’Utbah, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Ruqayyah dengan Uthman bin Affan r.a.
Ruqayyah mengikuti rombongan yang berhijrah ke Habasyah (Ethiopia) yang dipimpin oleh suaminya, Uthman bin Affan membawa 11 orang lelaki dan empat orang wanita. Kemudian dia berhijrah ke Madinah selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah.
Ketika Rasulullah s.a.w. bersiap-siap untuk berangkat menyekat kafilah Abu Sufyan, Ruqayyah jatuh sakit. Rasulullah s.a.w. menyuruh suaminya, Uthman bin Affan dan Usamah bin Zaid agar tetap tinggal di Madinah untuk merawatnya. Namun maut telah menjemput Ruqayyah ketika Rasulullah s.a.w. masih berada di medan Badar.
Usamah bin Zaid melaporkan: ”Kami menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin dalam peperangan Badar ketika sedang mengebumikan Ruqayyah r.a. Rasulullah s.a.w. mewakilkan aku menjaga Ruqayyah bersama dengan Uthman bin Affan r.a.”
Ketika membahagikan hasil rampasan perang Badar (ghanimah), Rasulullah s.a.w. telah memperuntukkan satu bahagian untuk Uthman. Semasa diberikan bahagiannya itu, Uthman r.a. bertanya: ”Bagaimana dengan pahala saya ya Rasulullah?” Baginda menjawab maksudnya: ”Dan engkau juga mendapat pahala yang sama dengan orang yang pergi berperang.”
Pengajaran: Atas alasan apa sekalipun, suami tidak harus mengabaikan kebajikan isteri.
iv. Ummu al-Fadhl (Lubabah binti Al-Harits)
Abu Rafi’, maula Rasulullah s.a.w. menceritakan: ”Saya adalah seorang hamba kepada al-’Abbas r.a. Cahaya Islam telah menerangi rumahnya ketika mana al-’Abbas memeluk Islam, diikuti Ummu al-Fadhl dan saya. Walau bagaimanapun, al-’Abbas r.a. menyembunyikan keislamannya.
Abu Lahab telah tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Apabila mendengar kekalahan kaum musyrikin, kami rasa diri kami mendapat kekuatan dan kemuliaan. Saya seorang lelaki yang lemah. Pekerjaan saya membuat gayung di dalam bilik telaga zamzam.
Ketika saya sedang duduk mengukir gayung, Ummu al-Fadhl duduk bersebelahan dengan saya. Hati kami melonjak gembira menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul Abu Lahab mengheret kakinya dan bertenggek di birai bilik telaga zamzam. Sedang kami duduk, terdengar riuh rendah suara menyebut nama Abu Sufyan bin al-Harith yang baru tiba dari medan perang. Abu Lahab memanggil Abu Sufyan agar menghampirinya seraya berkata: ’Mari ke mari! Demi umurku, pastinya kamu membawa berita yang menggembirakan!’
Abu Sufyan duduk di hadapan Abu Lahab dikerumuni orang ramai yang ingin mendengar perkhabaran yang dibawanya. Dengan termengah-mengah dia menceritakan: ’Sesungguhnya pertempuran itu benar-benar seperti kita menyerahkan bahu-bahu kita kepada mereka. Mereka membunuh kita sesuka hati mereka dan menawan kita semahu-mahunya. Tetapi demi Allah aku tidak menyalahkan puak kita. Sesungguhnya kita bertembung dengan para pahlawan yang berpakaian serba putih menunggang kuda yang berbelang bertebaran antara langit dengan bumi…’
Mendengar apa yang diceritakan oleh Abu Sufyan, saya tidak dapat mengawal diri lalu bingkas bangun mengangkat tali bilik telaga zamzam dan menjerit: ’Demi Allah, itu adalah malaikat!’
Maka dengan spontan Abu Lahab menumbuk mukaku sekuat tenaganya. Aku cuba melawan, namun dia lebih pantas menolakku hingga tersungkur ke bumi dan terus memukulku bertalu-talu.
Ummu al-Fadhl mencapai sebatang tiang lantas memukul Abu Lahab menyebabkan kepalanya luka parah. Dia berkata kepada Abu Lahab: ’Kamu berani menyerang lelaki yang lemah ketika tuannya tiada bersama!’
Abu Lahab mengundur pergi. Tujuh hari selepas itu lukanya semakin bernanah dan membusuk sehingga tiada siapa sanggup menghampirinya sampai dia mati.”
Pengajaran: Wanita yang selalu dikatakan lemah, tidak bermakna iman dan semangatnya juga lemah.
v. Ar-Rabi’ binti An-Nadhar r.a.
Beliau merupakan ibu saudara kepada Anas r.a. Puteranya, Harithah bin Suraqah adalah orang yang pertama syahid daripada kalangan tentera muslimin dalam peperangan Badar al-Kubra. Ar-Rabi’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ”Ya Rasulullah, anda tentu mengetahui bagaimana kedudukan Harithah dalam diri saya. Sekiranya tempatnya di syurga, maka saya akan bersabar dan memohon ganjaran pahala daripada Allah. Sekiranya tempatnya lain daripada syurga, maka anda akan saksikan apa tindakan saya!”. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: ”Adakah syurga itu hanya satu sahaja? Sesungguhnya syurga itu bukan satu, dan sesungguhnya anakmu berada di dalam syurga Firdaus!”
Pengajaran: Ibu sentiasa inginkan kebaikan untuk anaknya. Dan tidak ada pemberian yang lebih berharga daripada syurga, sehingga si ibu sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak supaya pergi berjihad fisabilillah.
Kisah wanita disebalik Perang Badar ini bukanlah wanita sebarangan tapi kadang-kadang kita tidak pernah kenal namanya seperti Atikah, ibu saudara Rasulullah saw dari sebelah bapa. Saya sekadar menambah ilmu dunia yang cetek dengan mengenali wanita mulia dalam sejarah agama saya sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...