Monday, October 14, 2013


KEBAIKAN BIJI LABU 

Biji labu mempunyai manfaat hebat meningkatkan  kualititi sperma. 

Biji labu kuning yang sering diabaikan , padahal biji ini berkhasiat dapat meningkatkan jumlah sperma. Beberapa buah dan sayuran dalam keluarga jenis labu Cucurbitaceae adalah melon, mentimun, labu kuning dan lainnya.

Masing-masing jenis labu tersebut bernutrisi tinggi dan memiliki manfaat yang berbeza. Biji labu diketahui bertekstur halus, manis dan kenyal jika dipanggang. Selain itu biji labu juga dikenal berbentuk datar dan berwarna hijau gelap. Beberapa biji labu ada yang terbungkus dalam sekam berwarna kuning atau putih. 

Biji labu  mengandungi Hormone Beta Sitosterol yang dapat membentuk prostaglandin. Selain itu juga mengandung alamina, glisina dan asam glutamate yang juga diperlukan kelenjar prostat. Asam amino langka seperti karboksifenilalaninapirazoalanina dan asam aminobutirat juga terdapat didalam biji labu.

Sebuah laporan yang diterbitkan dalam World Journal of Chemistry mengatakan bahwa biji labu mengandungi senyawa pelindung yang disebut pitosterol. Senyawa ini dapat membantu mengecilkan pembesaran prostat dan meningkatkan produksi testosteron sehingga jumlah sperma meningkat. Biji labu ini juga kaya akan omega-3 yang membantu meningkatkan aliran darah ke otak.


thumbnail

MANFAAT MAKAN KUACI


Siapa yang tidak mengetahui kuaci? Hampir semua pernah makan bukan? Walaupun bentuknya kecil, namun banyak nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Bahan-bahan yang ada di dalam kuaci mampu melawan kanser, memperbaiki dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi, dan menurunkan kadar kolesterol.
Kuaci berasal dari biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar sejak tahun 1700 ke banyak negara. Tanaman bunga tersebut kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.
Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hias. Kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik.
Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung. Kajian klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E; satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90,5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang; mengurangkan gejala asma, osteoartritis dan Rematoid arthritis, yang utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang. Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu, kuaci juga banyak mengandung mineral bermanfaat; seperti fosfor (705-755 mg/l00 g), kalium (648-689 mg/100 g), kalsium (54-116 mg/100 g), natrium (3-99 mg / 100 g), besi (6,77-7,28 mg/100 g), dan tembaga (0,69-1,75 mg/100 g).
Mineral kalsium dan fosforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi, sehingga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah.
Nutrisi yang tidak kurang pentingnya dalam kuaci bunga matahari adalah fitosterol, salah satu fitokimia. Jika diambil dalam jumlah yang mencukupi, terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyihatkan jantung, meningkatkan  imun dan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Sebuah kajian menunjukkan, dari 27 kacang-kacangan dan biji-bijian yang paling sering digunakan di AS, biji bunga matahari dan pistachio mempunyai fitosterol tertinggi (270-289 mg/100 gr).
Biji bunga matahari juga kaya dengan folat (sangat baik bagi ibu hamil) dan pelbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zink, kalsium, dan zat besi.
Sunbutter merupakan mentega dari biji bunga matahari yang boleh digunakan untuk memasak dan membuat salad. Pembuatan produk dari biji bunga itu telah dilakukan di China, Rusia, Eropah, dan juga Amerika Syarikat. Ketika ini biji bunga matahari banyak diolah menjadi minyak. Kelebihan minyak biji bunga matahari berbanding dengan minyak zaitun adalah minyak biji bunga matahari mempunyai asid oleik (omega-9) yang lebih tinggi


Sunday, October 6, 2013

 Pemakaian Cincin cara Islam

Petua ini adalah untuk lelaki dan perempuan

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1. Jari manis
2. Jari kelingking (anak jari)

Jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk. 

Nabi Muhammad s.a.w. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.. 

Saturday, October 5, 2013



Petua Untuk Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.


Petua Merawat Bisul

1. Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2. Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang. 

3. Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4. Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh




Petua Mencegah Kanser

1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.

2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.

3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.

4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.

5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.

6. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.

7. Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.

8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran


senarai pemakanan yang sesuai untuk kesihatan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...