Tuesday, December 10, 2013

CARA SELESAIKAN MASALAH RUMAHTANGGA YANG KRITIKAL
ATAU MASALAH BERAT YANG TAK TERTANGGUNG LAGI,
 INSYAALLAH ISLAM ADA JALAN PENYELESAIANNYA


Langkah 1.

MANDI AIR YANG DIBACA.


1.Baca ayat-ayat berikut

1.1 Istighfar -3x.
1.2 Surah Al Ikhlas,Surah Al Falak,Surah An Nas - 3 x.
1.3 Ayatul Kursi - 10x.
1.4 Al-Fatihah - 20x. (Ditiup setiap kali habis baca)

Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. (Kadangx ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali). Tawakal padaNya.

Langkah 2

SOLAT HAJAT

2.1  Lakukan solat hajat sebaiknya 2/3 malam.

2.2 Minta Allah SWT buka pintu hatinya supaya kembali kepangkuan serta kasih sayangnya kepada anda dan anak-anak. 

2.3 Minta Allah SWT tutupkan pintu hatinya kepada perkara berikut: 
  • Lupa kepada kekasih gelapnya.
  • Hilangkan keinginan untuk berjudi.
  • Hilangkan ketagihan arak jika suami seorang pemabuk.
*Terserah pada keadaan punca yang menyebabkan krisis 

Langkah 3.

DOA-DOA YANG DIBACA SELEPAS SOLAT HAJAT

Baca doa-doa tersebut dengan mengikut adab-adab berdoa

3.1 Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati.
*Jika suami atau isteri yang banyak dosa kerana maksiat zina, minuman keras dll. Hati mereka diselaputi titik-titik hitam yang menyebabkan hati mereka keras. Sukar mendapat dihidayah dari Allah SWT. Oleh itu Doa Menutup Dan Membuka Hati dibaca berulang-kali agar keinginan dan ketagihan kearah perkara yang mungkar dihapuskan dahulu.


Maksudnya:

15. Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al Maidah: Ayat 15,16).

3.2 Doa Memohon Ketabahan Hati.



Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". (Surah Al-Baqarah: Ayat 250).

3.3 Doa Perlindungan Dari sebarang Sihir.(3 Doa)


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).(Surah Al Anam: Ayat 61)



Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.(Surah Hud: Ayat 57)


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.(Surah Al-Araf: Ayat 118).

3.4 Doa Minta Kebahagiaan Sejati atau Doa Pengikat Kasih Sayang




Maksudnya:

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).(Surah Shaad: Ayat 42)

3.5 Doa Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat.



Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"(Surah Al-Baqarah: Ayat 201).

3.6 Istighfar 100x.

3.7 Salawat Nabi 10x







Sunday, November 17, 2013

 CARA BERDOA YANG MAKBUL


1. Angkat tangan paras dada.

2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3. Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf BA ب . Titik BA terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran ada malaikat yang menjaganya. 

Huruf BA dijaga oleh malaikat yang bernama ‘HAR HAYAAIL’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4. Duduk dalam sopan seperti iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar atau bersandar.  

5. Sepanjang berdoa, perbanyakkan memuji Allah SWT dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contoh: Jika berdoa dipermudahkan rezeki, sebutlah nama "AR-RAZAQ" dan disusuli dengan selawat Nabi SAW. 

6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Guna bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya. 

7. Ajarkan adab-adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil .InsyaAllah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

P/S


Doa itu senjata orang mukmin. Senjata mestilah tajam begitu juga dengan doa. Jika senjata itu tumpul bagaimana Allah SWT akan memperkenankan doa kita. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar

Monday, October 14, 2013


KEBAIKAN BIJI LABU 

Biji labu mempunyai manfaat hebat meningkatkan  kualititi sperma. 

Biji labu kuning yang sering diabaikan , padahal biji ini berkhasiat dapat meningkatkan jumlah sperma. Beberapa buah dan sayuran dalam keluarga jenis labu Cucurbitaceae adalah melon, mentimun, labu kuning dan lainnya.

Masing-masing jenis labu tersebut bernutrisi tinggi dan memiliki manfaat yang berbeza. Biji labu diketahui bertekstur halus, manis dan kenyal jika dipanggang. Selain itu biji labu juga dikenal berbentuk datar dan berwarna hijau gelap. Beberapa biji labu ada yang terbungkus dalam sekam berwarna kuning atau putih. 

Biji labu  mengandungi Hormone Beta Sitosterol yang dapat membentuk prostaglandin. Selain itu juga mengandung alamina, glisina dan asam glutamate yang juga diperlukan kelenjar prostat. Asam amino langka seperti karboksifenilalaninapirazoalanina dan asam aminobutirat juga terdapat didalam biji labu.

Sebuah laporan yang diterbitkan dalam World Journal of Chemistry mengatakan bahwa biji labu mengandungi senyawa pelindung yang disebut pitosterol. Senyawa ini dapat membantu mengecilkan pembesaran prostat dan meningkatkan produksi testosteron sehingga jumlah sperma meningkat. Biji labu ini juga kaya akan omega-3 yang membantu meningkatkan aliran darah ke otak.


thumbnail

MANFAAT MAKAN KUACI


Siapa yang tidak mengetahui kuaci? Hampir semua pernah makan bukan? Walaupun bentuknya kecil, namun banyak nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Bahan-bahan yang ada di dalam kuaci mampu melawan kanser, memperbaiki dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi, dan menurunkan kadar kolesterol.
Kuaci berasal dari biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar sejak tahun 1700 ke banyak negara. Tanaman bunga tersebut kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.
Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hias. Kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik.
Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung. Kajian klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E; satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90,5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang; mengurangkan gejala asma, osteoartritis dan Rematoid arthritis, yang utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang. Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu, kuaci juga banyak mengandung mineral bermanfaat; seperti fosfor (705-755 mg/l00 g), kalium (648-689 mg/100 g), kalsium (54-116 mg/100 g), natrium (3-99 mg / 100 g), besi (6,77-7,28 mg/100 g), dan tembaga (0,69-1,75 mg/100 g).
Mineral kalsium dan fosforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi, sehingga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah.
Nutrisi yang tidak kurang pentingnya dalam kuaci bunga matahari adalah fitosterol, salah satu fitokimia. Jika diambil dalam jumlah yang mencukupi, terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyihatkan jantung, meningkatkan  imun dan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Sebuah kajian menunjukkan, dari 27 kacang-kacangan dan biji-bijian yang paling sering digunakan di AS, biji bunga matahari dan pistachio mempunyai fitosterol tertinggi (270-289 mg/100 gr).
Biji bunga matahari juga kaya dengan folat (sangat baik bagi ibu hamil) dan pelbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zink, kalsium, dan zat besi.
Sunbutter merupakan mentega dari biji bunga matahari yang boleh digunakan untuk memasak dan membuat salad. Pembuatan produk dari biji bunga itu telah dilakukan di China, Rusia, Eropah, dan juga Amerika Syarikat. Ketika ini biji bunga matahari banyak diolah menjadi minyak. Kelebihan minyak biji bunga matahari berbanding dengan minyak zaitun adalah minyak biji bunga matahari mempunyai asid oleik (omega-9) yang lebih tinggi


Sunday, October 6, 2013

 Pemakaian Cincin cara Islam

Petua ini adalah untuk lelaki dan perempuan

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1. Jari manis
2. Jari kelingking (anak jari)

Jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk. 

Nabi Muhammad s.a.w. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...