Saturday, March 31, 2012

Segala urusan mudah serta dihindarkan dari segala macam kesulitan


Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. 
Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.

1. Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”,

 artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
2. Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”

artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”
3. Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”,

 artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.
4. Hari Khamis baca Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi,

 artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”
5. Hari Jumaat baca “Ya Allah “
6. Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, 

ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”
7. Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, 

ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri
NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA


Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka. 
Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya. 
Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.

1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.

2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk

3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat

4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.

5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.

6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.

7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.

8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli. 

Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya. 
Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam.

Friday, March 30, 2012


,TIPS MURAH REZEKI
tips pertama 


 Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh


Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. tips yang bagus dan mudah. Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan,
 sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari , tidur la sekejap  untuk dapatkan semula kesegaran. 
Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.

Tips kedua –


 tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi 
(dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”.
Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, waktu rehat pukul 10 pagi tu, boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha. Puasa sunat , boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. 
Tips terakhir untuk kali ni –


 Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim. Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.

Lima Syarat Buat Maksiat



"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak
!

 Beberapa Makanan Terbaik Bagi Penderita Hipertensi

1. Ikan
Di antara semua produk haiwan, ikan paling menyehatkan, tinggi protein dan rendah lemak. Kandungan asam lemak omega-3 membantu mencegah pembentukan plak pada dinding pembuluh darah, mengurangi peradangan dan mencegah tekanan darah tinggi. Minyak flaxseed, semisal minyak ikan. Kaya akan asam lemak omega-3 untuk mencegah plak pada pembuluh darah.
2. Jus seledri
Orang China sudah lama menggunakan jus seledri untuk tekanan darah tinggi. Minum jus seledri 2-3 gelas perhari dapat mencegah tekanan darah tinggi atau mengembalikan tekanan darah ke level normal. Sebagai tambahan, seledri juga bagus untuk orang dengan penyakit asam urat.
3. Minyak Zaitun
Sejak lama digunakan dalam diet ala Mediterania dan menunjukkan manfaat terhadap lemak darah dan menurunkan tekanan dalam masakan maupun salad.
4. Buah dan sayuran aneka warna
Dua item ini “wajib” bagi oleh orang hipertensi setiap hari.
5. timun
Buah berair banyak ini membantu hidrasi tubuh dan menurunkan tekanan pada pembuluh nadi. Makanlah dua buah timun setiap hari selama 2 minggu dan lihat hasilnya.
6. Cuka apel
Selama puluhan tahun, cuka apel yang di dapat dari fermentasi buah apel diklaim mampu mengobati berbagai penyakit, diantaranya mengencerkan darah dan menurunkan tekanan darah.
Makanan Terbaik Bagi Penderita Hipertensi >> Pada pagi hari saat perut masih kosong, minumlah segelas air hangat yang dicampur 1 sendok makan cuka apel dan 1 sendok madu secara teratur. Ini bertujuan melancarkan pencernaan 

Wednesday, March 21, 2012

DOSA BESAR DAN KECIL MUDAH TERHAPUS 


Amalankan solat tasbih insyaAllah



Rasulullah SAW bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib: "Wahai Abbas, apakah kau suka kuberikan kurniaan. Kuberi hadiah istimewa, kuajari sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus sepuluh jenis dosa. 
Jika  mengerjakannya  
- pasti Allah mengampuni dosa-dosamu,baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang jelas.
- Sepuluh amal itu ialah 
solat empat rakaat, tiap-tiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan surah apa saja, selesai membaca itu dalam rakaat pertama lalu membaca di waktu masih berdiri : "SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHAILLAHU WALLAHUAKBAR",
sebanyak (15) kali, lalu rukuk 
- dan waktu masih berdiri baca tasbih seperti yang tersebut di atas sebanyak (10) kali, dan iktidal dari rukuk dan baca sebanyak (10) kali, 
- turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi (10) kali, 
- angkat kepala dari sujud dan baca (10) kali,
-  sujud lagi dan baca pula (10) kali, 
- angkat kepala dari sujud (sebelum berdiri) dan di waktu duduk membacanya sebanyak (10) kali.
Jumlahnya keseluruhan adalah 75 kali dalam setiap rakaat. Demikian tadi itulah harus dikerjakan dalam setiap rakaat dari keempat rakaat itu.
 Apabila dapat dikerjakan sekali setiap hari, kerjakanlah. Kalau tidak dapat, boleh dikerjakan pada setiap hari Jumaat, dan jika tiap-tiap Jumaat juga tidak dapat, boleh dikerjakan setiap tahun sekali. Jika tiap-tiap tahun juga tidak dapat, boleh dikerjakan sekali dalam seumur hidup"
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah,ibnu Khuzaimah dalam Kitab Sahihnya)

Fadhilatnya :
Dari keterangan hadis tersebut di atas, dapat kita mengambil kesimpulan, bahawa solat tasbih itu mempunyai fadhilat yang luar biasa, iaitu solat sunat tasbih ini adalah untuk mengampunkan segala macam jenis dosa. Baik yang telah lama atau pun baru, yang sengaja atau pun tidak sengaja, yang tersembunyi atau pun yang terang-terangan.
Sesiapa yang sanggup melaksanakannya setiap hari, maka laksanakan lah. Bagi yang tidak mampu, laksanakanlah tiap-tiap hari Jumaat atau sekali sebulan, atau sekali setahun, atau sekurang-kurangnya sekali seumur hidup

Monday, March 19, 2012

 Amalan zikir yang boleh diamalkan bagi menundukkan nafsu syahwat.


Selagi kita ini hidup, cabaran dan ujian silih berganti. Di antara ujian getir ialah runtutan syahwat yang tidak terkawal. Memang kita ketahui nafsu syahwat yang tidak terkawal membawa akibat yang buruk kepada diri berkenaan. Kemungkinan besar boleh terjerumus dosa besar jika iman lemah dan tidak mampu membentengi diri dari godaan syaitan.



Amalkan zikir Ya Qahhar:
Allah al-Qahhar adalah Dia Yang Maha Mengalahkan seluruh makhluk dengan keperkasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Menjinakkan sesiapa yang menentang-Nya dengan menunjukkan bukti keesaan-Nya. Dia-lah Yang Mahan Menundukkan sesiapa sahaja yang membantah-Nya dengan kekuasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Mematahkan belakang mereka perkasa dari musuh-Nya dengan kematiaan dan kehinaan.
Cara beramal:
Bacalah 337 kali siang dan malam dengan menghayati makna sehingga meresap ke dalam hati. Yakin bahawa Allah s.w.t. akan memberi kekuataan kepada dirinya untuk menundukkan, mengalahkan, menguasai dan mengendalikan hawa nafsunya.
  • Bacalah doa berikut:
Ertinya:”Tuhanku, Engkau telah menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi mahupun yang rendah, yang dekat mahupun yang jauh. Anugerahilah aku secercah rahsia asma’- Mu al-Qahhar, agar nafsuku tunduk dan dapat kukendalikan dan agar berlutut di hadapanku seluruh penjahat. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku kemampuan menguasai seluruh kewujudan diriku, agar aku dapat menghadapi iblis dan selamat dari pujuk rayuan syahwat. Ya Allah, jadikalah aku selalu memandang kegermerlapan cahaya nama-Mu al-Qahhar (Yang Maha Mengalahkan), sehingga aku tidak terpedaya dengan semua yang agung dan perkasa di bumi ini, wahai Yang Maha Agung, Yang Maha Menundukkan segala yang agung. Dan semoga selawat da salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul kami Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat beliau.”

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya
Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan doa yang mulia ialah “Al-Hamdulillah”.
Kelebihan:
1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.
4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Tuesday, March 13, 2012

 Ibu Doa semua jenis kesedihan 

Cara mengamalkannya
Dibaca setiap lepas solat berserta dengan maknanya sekali

"Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon dengan asma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku." (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban dan dihasankan Hafiz dalam Takhrij Al-Azkar, disahihkan Al-Albani)

Thursday, March 8, 2012

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
  6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  10. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
  11. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
  13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  16. Jangan jimak di dalam air.
  17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.
  18. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  20. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit
  21. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga
Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin Batin
Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:
  1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.
Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;
  1. Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
  2. Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...