Sunday, February 26, 2012

ALQUR'AN RAWATAN SAKIT JANTUNG TERBAIK.

CARA MENGAMALKAN SELAMA 21 HARI BERTURUT.


1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh:'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi(sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-


لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)


Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .



Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca


8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda
AMALKAN WUDHUK UNTUK ELAKKAN DPT SAKIT


Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku ”Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”



Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.


Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.


Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal danmyokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.


Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagiannasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.


Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.


Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.


Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.


Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.


Tuesday, February 21, 2012

KHASIAT SURAH YASSIN AYAT 1-9


1. Untuk keselamatan diri.


2. Orang jahat tak nampak terutamanya orang kafir dikaburkan pandangan pada sesiapa yang mengamalkannya









Monday, February 20, 2012

.Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:


ﻗَ ﺎ لَ رَ بِّ إِ ﻧِّ ﻲ
 أَ ﻋُ ﻮ ذُ ﺑِ ﻚَ أَ نْ أَ ﺳْ ﺄَ ﻟَ ﻚَ ﻣَﺎ ﻟَ ﻴْ ﺲَ ﻟِﻲ ﺑِ ﻪِ ﻋِ ﻠْ ﻢٌ وَإِﻻ ﺗَ ﻐْ ﻔِ ﺮْ ﻟِﻲ وَﺗَﺮْﺣَﻤْﻨِﻲ أَ آُ ﻦْ ﻣِ ﻦَ ا ﻟْ ﺨَ ﺎ ﺳِ ﺮِ ﻳ ﻦَ (٤٧)  
    
Nabi Nuh berkata:
 "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku berlindung kepadamu daripada 
memohon sesuatu Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika 
Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya 
menjadilah Aku dari orang-orang Yang rugi". (11:47)
.Doa Ketika Menghadapi Tekanan (Stress)


ا ﻟﱠ ﺬِ ﻳ ﻦَ ﻗَ ﺎ لَ ﻟَ ﻬُ ﻢُ ا ﻟ ﻨﱠ ﺎ سُ إِ نﱠ ا ﻟ ﻨﱠ ﺎ سَ ﻗَ ﺪْ ﺟَ ﻤَ ﻌُ ﻮ ا ﻟَ ﻜُ ﻢْ
 ﻓَ ﺎ ﺧْ ﺸَ ﻮْ هُ ﻢْ ﻓَ ﺰَ ا دَ هُ ﻢْ إِﻳﻤَﺎﻧًﺎ وَﻗَﺎﻟُﻮا ﺣَﺴْﺒُﻨَﺎ اﻟﻠﱠﻪُ وَ ﻧِ ﻌْ ﻢَ ا ﻟْ ﻮَ آِ ﻴ ﻞُ (١٧٣)


Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: 
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, 
oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman 
mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus 
(yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (3: 173) 
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi,  daripada Ibn Abbas berkata 
bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. 
sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 
ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan 
menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran)
Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:


ﻻ ﻳُ ﻜَ ﻠِّ ﻒُ اﻟﻠﱠﻪُ ﻧَﻔْﺴًﺎ إِﻻ وُﺳْﻌَﻬَﺎ ﻟَﻬَﺎ ﻣَﺎ آَ ﺴَ ﺒَ ﺖْ وَﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﻣَﺎ ا آْ ﺘَ ﺴَ ﺒَ ﺖْ 
رَﺑﱠﻨَﺎ ﻻ ﺗُﺆَاﺧِﺬْﻧَﺎ إِ نْ ﻧَﺴِﻴﻨَﺎ أَ وْ أَﺧْﻄَﺄْﻧَﺎ رَﺑﱠﻨَﺎ وَﻻ ﺗَ ﺤْ ﻤِ ﻞْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ إِﺻْﺮًا
آَﻤَﺎ ﺣَ ﻤَ ﻠْ ﺘَ ﻪُ ﻋَ ﻠَﻰ ا ﻟﱠ ﺬِ ﻳ ﻦَ ﻣِ ﻦْ ﻗَﺒْﻠِﻨَﺎ رَﺑﱠﻨَﺎ وَﻻ ﺗُ ﺤَ ﻤِّ ﻠْ ﻨَ ﺎ ﻣَﺎ ﻻ ﻃَ ﺎ ﻗَ ﺔَ ﻟَﻨَﺎ ﺑِ ﻪِ
 وَ ا ﻋْ ﻒُ ﻋَﻨﱠﺎ وَ ا ﻏْ ﻔِ ﺮْ ﻟَﻨَﺎ وَارْﺣَﻤْﻨَﺎ أَ ﻧْ ﺖَ ﻣَﻮْﻻﻧَﺎ ﻓَﺎﻧْﺼُﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻰ
ا ﻟْ ﻘَ ﻮْ مِ ا ﻟْ ﻜَ ﺎ ﻓِ ﺮِ ﻳ ﻦَ (٢٨٦)
  
Allah tidak memberati seseorang melainkan  apa Yang terdaya olehnya
. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan  ia juga menanggung
 dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan  berkata):
 "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika 
Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau
 bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah 
Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan 
kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya 
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan 
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk 
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286) 
AMALKAN BACA DOA NI SELEPAS HABIS SESUATU MAJLIS






FAEDAHNYA :


1. ALLAH AMPUNKAN DOSA ORANG YANG BERADA DALAM MAJLIS ILMU TERSEBUT.
2. MENDAPAT KEBERKATAN ILMU DALAM MAJLIS ITU.
3. SEGALA KESILAPAN DALAM MAJLIS ILMU TERSEBUT ALLAH AMPUNKAN.

Wednesday, February 15, 2012

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, 
dengan izin Allah :






1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
DOA PALING MAKBUL PADA HARI JUMAAT



Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam
 bahawasanya beliau berkata:


“Pada hari Jumaat ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang
 muslim yang sedang memohon sesuatu
 kepada Allah ‘Azzawa Jalla kecuali pasti
 Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah `Asar.

Saturday, February 11, 2012

.HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT- ..  


1) BISMILLAH 
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari 
godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan 
kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali 
di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta 
naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. 
(2) SURAH AL-FATIHAH  
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan 
fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya 
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah 
tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah 
baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.  
(3) AYAT AL-KURSI  
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara 
dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan 
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, 
kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah 
akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. 
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya 
setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan 
hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. 
Dan tersebut dalam hadith yang lain: 
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu 
rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut 
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.  
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: 
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran 
duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran 
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 
(4) SURAH AL-BAQARAH
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia 
akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 

(5) SURAH ALI-IMRAN 
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai 
kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 
(6) SURAH AN-NISSA'  
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat 
dari kejahatan para penjahat.  
(7) SURAH AL-MAIDAH 
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 
hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan 
sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air 
lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap 
dusta lagi. 
(8) SURAH AL-AN'AM  
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala 
bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan 
terselamat dari karam dan tenggelam. 
(9) SURAH AL-A'RAAF  
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu 
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa 
membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia 
akan mendapat rahmat Allah.  
(10) SURAH AL- ANFAL
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan 
dihormati oleh sekalian manusia.  
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH)  
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan 
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau 
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. (12) SURAH YUNUS 
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia 
akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca 
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan 
mengigau. 
(13) SURAH AL-HUD  
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta 
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada 
setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang 
yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiaptiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 
(14) SURAH YUSUF
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan 
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan 
dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan 
mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.  
(15) SURAH AR-RA'D  
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan 
barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.  
(16) SURAH IBRAHIM  
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan 
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 
(17) SURAH AL-IIIJ'R 
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu 
anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari 
gugurnya.  
(18) SURAH BANI ISRAIL  
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap 
gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, 
ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orangorang yang setempat dengannya. (19) SURAH AL-KAHF  
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa 
membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 
(20) SURAH MARYAM  
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 
(21) SURAH THAAHAA  
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu 
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 
hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya 
akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 
(22) SURAH AL ANBIYA 
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar 
pangkat di sisi Allah s.w.t .  
(23) SURAH AL-HAJ
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.  
(24) SURAH AL-MU'MINUN 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu 
minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca 
ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya 
akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. 
(25) SURAH AN-NUUR  
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. 
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang 
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. 
(26) SURAH AL-FURQAN  
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan 
di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang 
liar dan ular-ular yang bisa. (27) SURAH ASY-SYU A'RA
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas 
orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisabisa itu. 
(28) SURAH AN-NAML 
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 
(29) SURAH AL-QA-SHASH  
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan 
mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, 
nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya 
akan halus. 
(30) SURAH AL-ANKABUT 
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, 
nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 
(31) SURAH AR-RUM 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak 
menzaliminya. 
(32) SURAH LUQMAN  
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama 
dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan 
terselamat dari bencana banjir. 
(33) SURAH AS-SAJ DAH  
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang 
baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.  
(34) SURAH AL-AHZAB 
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat 
kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari 
surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. (35) SURAH SABA'  
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari 
rosaknya tanam-tanaman.  
(36) SURAH FAATHIR  
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati 
perniagaannya.  
(37) SURAH YAASIIN  
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati AlQuran ialah surah Yaasin." 
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, 
nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." 
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah 
Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t 
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." 
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah 
Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."  
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan citacitanya.  
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar 
untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.  
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju 
perniagaannya itu.  
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, 
mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia 
mati pada hari itu, mesti ia mati syahid. 
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan 
diselamatkan dari siksa kubur. 
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah 
akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada 
musuh-musuhnya. 
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam 
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian. (38) SURAH ASH-SHAAFFAAT  
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. 
(39) SURAH SHAAD  
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.


DOA SUPAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG ADIL


Untuk menunjukkan sesuatu keadilan bacalah ayat ini bila menghadapi
 situasi yang memerlukan jawapan yang betul2 adil..



Doa Mohon Keadilan
Artinya: "Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami
 dengan haq (adil). Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya." (QS. Al-A'râf 89). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...