Tuesday, October 9, 2012


KELEBIHAN ZIKIR

Abu Musa r.a. memberitakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : " Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan (kerana Allah) dan seorang lagi sedang sibuk berzikir , maka yang berzikir itu lebih utama (dari orang yang membelanjakan wangnya kepada jalan Allah."
     Sungguhpun membelanjakan harta pada jalan Allah adalah satu amalan yang terafdhal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya.
     Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaannya pada jalan Allah s.w.t. dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati Allah s.w.t. Didalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa Allah s.w.t. juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kurniaan yang lebih besar daripada taufik untuk berzikir.
     Orang-orang yang sibuk dengan perniagaan, perdagangan, pertanian dan dengan pekerjaan masing-masing jika mereka melapangkan masa sedikit sebanyak maka sudah pasti mereka akan memperolehi keuntungan yang tidak terkira banyaknya. Melapangkan masa beberapa jam daripada 24 jam untuk menyelenggarakan amalan yang terpenting ini tidaklah menyukarkan. Masa yang tidak terbatas banyaknya yang dipergunakan untuk perbuatan yang sia-sia telah menjadi perkara lumrah. Jika dilapangkan masa sedikit untuk amalan yang terutama ini tidaklah memberatkan.
     Dilaporkan dalan sebuah hadis bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sebaik-baik hamba Allah ialah yang sentiasa mengawasi peredaran bulan, matahari , bintang-bintang dan bayangan-bayangannya buat menentukan waktu untuk berzikir." Sungguhpun manusia dewasa ini menggunakan jam, taqwim dan lain-lainnya namun peredaran masa menerusi peredaran bulan dan matahari itu lebih manfaat. Jika sekiranya jam rosak atau waktunya tidak tepat maka boleh menggunakan taqwim syamsi tadi agar masa yang amat berharga itu jangan tersia-sia. Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa jika seseorang yang berzikrullah dimana-mana bahagian dipermukaan bumi ini maka bahagian itu berbangga keatas tujuh petala bumi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...