Waktu-waktu bahaya kepada jantung manusia
yang perlu diberi perhatian antaranya:
1. Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi, ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Beri sedikit masa pada tubuh anda sebelum betul-betul sedar atau bangun daripada tidur. Janganlah terus bangkit dari tidur dengan serta merta dan tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit.
>> Lakukan senaman ringan pada tubuh badan.
2. Waktu Pagi Isnin
Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Bangun awal selepas tidur lewat pada hujung minggu boleh menaikkan tekanan darah kerana tubuh berasa lesu dan ritma semula jadi tubuh terganggu.
3. Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Amalkan cara pemakanan yang sihat.
>> Mengambil aspirin setiap hari membantu mencegah darah daripada bergumpal.
4. Waktu Dalam Tandas
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Untuk mengelakkan daripada meneran, makan lebih banyak serat dan minum banyak air.
5. Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)
Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Kerap melakukan senaman bagi melindungi jantung, tetapi tingkatkan tahap intensiti secara berperingkat.
6. Waktu Bimbang Dan Runsing
Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.
Lindungi Diri Dengan Cara:
>> Tenangkan diri.
No comments:
Post a Comment