Wednesday, December 14, 2011

PETUA HATI TENANG

Membaca al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang resah-gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar mengunjungi tiga tempat, iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.




Adab-adab zahir pula begitu banyak dan perlu dipatuhi di antaranya:


1. Membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk. Al-Quran hendaklah diambil dengan tangan kanan, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan.
2. Al-Quran hendaklah dibaca di tempat yang bersih, seperti di rumah, di masjid atau lain-lain tempat. Paling utama ialah di masjid.
3. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seseorang itu hendaklah bersugi sebelum itu.
4. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan mengadap kiblat. Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang bersesuaian.
5. Sebelum membaca, seseorang itu hendaklah berlindung kepada Allah, yang diistilahkan sebagai ``at-ta'awwuz.'' Setelah itu barulah membaca Bismillah. Dilakukan demikian agar ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca yang boleh menghilangkan rasa konsentrasi. Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah agar hatinya menjadi terang dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugerahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
6. Al-Quran hendaklah dibaca dalam keadaan tertib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Dalam surah al-Muzamil: 4 terdapat firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah al-Quran itu dengan tertib banyak memberi kesan pada jiwa, lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat pada Allah yang menguasai alam.
7. Bagi mereka yang berupaya menguasai makna dan maksud ayat-ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki. Lidahnya menuturkan bacaan kalamullah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti juga maksud yang terkandung dalam ayat-ayat tadi. Dengan berbuat demikian ia akan memperoleh penghayatan bacaan yang sebenar. Keadaan seperti ini akan mendorong untuk mengamalkan isi al-Quran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...