Friday, November 25, 2011

Taubat untuk bersihkan rohani

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha 
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )

Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.

Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Hikmah taubat iaitu:

  • Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  • Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
  • Meningkatkan ketaqwaan diri.
  • Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...