Thursday, May 17, 2012

AMALAN CEPAT MENYELESAIKAN HUTANG


AMALAN MALAM:

1) solat sunat taubat, 2 rakaat, kemudian

2) solat tahajud, sekurangnya 2 rakaat, kemudian

3) baca Surah Yasin, kemudian Sura al-Waqiah Surah al-Imran keseluruhan-nya (atau ayat 26-27 21x), kemudian

4) solatul hajat, 2 rakaat, di ikuti doa dilepaskan dari ikatan hutang serta ditindas pemberi hutang. 


Doanya


أللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن

وأعوذ بك من العجز والكسل

وأعوذ بك من الجبن والبخل

وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazan,
wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasal,
wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhul,
wa a'uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

Artinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

5) solat witir, 1 rakaat, kemudian tidur atau tunggu solat subuh. Dan sebaiknya solat subuh berjemaah (untuk lelaki) di surau / masjid (kerana akan dikira kita bertahajud seluruh malam)


AMALAN SIANG-NYA: berikut:

1) Salawat sekurangnya 100x sehari

2) Istiqfar (atau Tasbih Yunos) sekurangnya 100x sehari, tetapi sebaiknya (kerana nazak) 2,000x sehari. 

Lakukanlah amalan malam dan siang selama 7 hari berturut-turut, insyALLAH selepas 3-4 malam akan diberi mimpi panduan serta jalan dari arah yang tidak disangka-sangka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...