Friday, May 4, 2012

BUAT RAYUAN DAN PERMINTAAN PADA SUJUD TERAKHIR


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan
Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan
zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita
ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w
biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan
mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah
engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya
sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri)
disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri
oleh cahaya wudhu' !!!
"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)
kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang
yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi
mereka), di mana Allah menegah neraka memakan

(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun
keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat
perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...