SOLAT TAHAJJUD:
Panduan Lengkap Cara-Cara Mengerjakan SOLAT TAHAJJUD:-
Tata Tertib Sebelum Mengerjakan Solat Tahajjud:
Yang dimaksudkan disini ialah adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah:
1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang tahajjud.
2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa
3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran
4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.
Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud:
1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:
Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:
"Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."
2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala
Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala"
3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)
4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu"
5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja.
6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:
Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!"
==========================
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Diberikan keistimewaan oleh Allah
Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya seperti yang telah termaktub didalam al-quran ertinya:
"Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang ynag tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit.
Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan dapat menghindari penyakit dari tubuh badan kita
Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebus segala keburukkan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.
No comments:
Post a Comment