Sunday, July 29, 2012


 ZIKIR HARIAN UNTUK MAKANAN JIWA





SOLAT TAHAJJUD:


Panduan Lengkap Cara-Cara Mengerjakan SOLAT TAHAJJUD:-

Tata Tertib Sebelum Mengerjakan Solat Tahajjud:

Yang dimaksudkan disini ialah adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah:

1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang tahajjud.

2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa

3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran

4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud:

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:

Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:

"Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."

2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:

Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala

Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:

Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.

Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu"

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:

Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa.

Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!"

===================================

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1. Diberikan keistimewaan oleh Allah

Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya seperti yang telah termaktub didalam al-quran ertinya:

"Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang ynag tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."

2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit.

Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan dapat menghindari penyakit dari tubuh badan kita

Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebus segala keburukkan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.
SHARE AMALAN UNTUK PEREMPUAN YANG BERHADAS




Monday, July 23, 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT


HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.


Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)


Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

PENGHULU  ISTIGHFAR




Fadilatnya Penghulu Istighfar:

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)






Saturday, July 21, 2012


TANDA-TANDA LELAKI DAYUS

Bukan mudah menjadi suami kerana tanggungjawab yang digalas oleh suami adalah sangat besar terutama dalam bab tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada isu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga.
Nabi s.a.w bersabda:
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)
Dalam sebuah hadith lain pula:
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
Erti Dayus
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:
1. Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا
رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus, ia adalah seperti berikut:
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya: Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata: Cemburu lawannya dayus. (Umdatul Qari, 18/228)
Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya. (Faidhul Qadir, 3/327)
Imam Az-Zahabi pula berkata:
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya. (Al-Kabair, 1/62)
Imam Ibn Qayyim pula berkata:
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus Adalah Dosa Besar
Ulama’ Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ
)
Ertinya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya: Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina. (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat. (Al-kabair, 1/45)
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi s.a.w bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertaubat.
‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.
Pasti akan ada wanita yang kata, “Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?” Jawabnya, perlu juga, cuma topic sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah fokus kepada tugas suami dulu.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن
.
Ertinya: Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi s.a.w bersabda : Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
Bila Lelaki menjadi Dayus?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati: “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku.”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah s.w.t. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi s.a.w bersabda:
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

ILMU PEMAKANAN DARIPADA ALQURAN





PERIHAL MAKANAN

Rasulullah Saw Pernah bersabda, 
“Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalaupun dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” 
[Hadith Riwayat Tirmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim]

Dalam soal makan minum ini Rasulullah Saw mengingatkan umat Islam tentang kelebihan makan minum yang Halal dan akibat memakan dan meminum yang Haram, sebagaimana Sabdanya yang bermaksud:
“Wahai Sa’ad! Perbaikilah (murnikanlah) makananmu, nescaya kamu menjadi orang yang terkabul doanya. Demi yang jiwa Muhammad dalam tangan-Nya (kuasa-Nya). Sesungguhnya seorang hamba yang
melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama 40 hari dan siapa pun yang dagingnya tumbuh dari benda yang haram, maka api neraka lebih layak membakarnya”.
[Hadith Riwayat At-Thabrani)

Semua Hadith-Hadith Rasulullah Saw ini berkait-rapat dengan beberapa Firman Allah didalam Al-Quran dan antaranya ialah:
(Maksudnya)
“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”.
(Dari Surah Al-Baqarah, Ayat 172)

Sehubungan dengan Peringatan dan Pengajaran inilah Manusia mempelajari bagaimanakah SISTEM TUBUH Manusia itu berfungsi dan bertindak-balas dengan keperluan Makanan, maka melalui kajian demi kajian maka diketahuilah oleh manusia apakah jenis-jenis makanan yang diperlukan secara ASAS oleh sesuatu TUBUH, maka wujudkam Ilmu-Ilmu Pemakanan (Nutrisi) yang dihasilkan dari dapatan-dapatan ini

Monday, July 16, 2012

PETUA AWET MUDA CARA ISLAM





Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer..*
Petua 9: Muka kalian biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan
SEKADAR RENUNGAN DAN PERKONGSIAN


TANDA-TANDA HASAD DENGKI DAN PENYAKIT HATI




 
1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya   sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.
17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...