Tuesday, January 1, 2013

KUNCI UNTUK MENJADI IKHLAS

Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"

"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. 

Tanda datangnya ikhlas


  • Niat yang murni sebelum memulakan sesuatu perbuatan
  • Menyempurnakan apa sahaja yang dibuat sama ada dilihat oleh orang lain atau sebaliknya
  • Mengalu-alukan nasihat daripada rakan taulan
  • Sentiasa insaf dengan kelemahan sendiri
  • Merasakan yang sumbangan anda kecil berbanding orang lain

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...