Tuesday, May 14, 2013
TAWAKAL
fahami maksud tawakal barulah kita yakin dan redha apa yg Allah telah tentukan untuk kita
berasal daripada kalimah Arab, bermaksud suatu pergantungan hati kepada Allah dalam semua perkara.
Ini bukanlah bererti mengetepikan sebarang usaha sambil mengharapkan sepenuhnya kepada pertolongan Allah.
Kita perlu berikhtiar dengan penuh azam dan tekun agar Allah memberi kita rahmat serta kejayaan terhadap apa jua usaha yang dilakukan.
firman-Nya yang bermaksud: '...Sesungguhnya Allah amat kasih akan orang- orang yang bertawakal.' (Surah Ali Imran: 159)
Seseorang yang bertawakal hendaklah mempunyai keimanan yang bersih dan mantap.
Kekuatan ilmu seorang Mukmin pasti akan memudahkan diri untuk menyemai keyakinan yang kukuh, sekali gus menghilangkan rasa bimbang dan gelisah yang menyelubungi hati dan jiwanya.
Menurut Imam Ghazali,
tawakal bersumberkan makrifat sejati kepada Allah.
Makrifat itu bererti tauhid yang dapat diterjemahkan dalam kekata: 'Tiada Tuhan yang esa melainkan Allah, Dia pemilik alam zahir dan batin, dan Dialah yang menguasai semua perkara.'
Kalimah tauhid itu boleh dikategorikan kepada tiga peringkat:
• sesiapa pun mampu mengatakan bahawa Allah itu esa dengan lidahnya, namun dalam hati kecilnya tidak diiringi sebarang erti kerana tiada sifat keyakinan yang sebenar;
• meyakini terhadap apa yang dinyatakan dengan hati, namun tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang hal tersebut; dan
• penerimaan kekata tauhid yang dinyatakan sebagai menggambarkan apa yang dilihat oleh mata selari dengan apa yang diiktiraf oleh hati.
Jika tiga peringkat ini telah sebati dan diyakini dalam jiwa seseorang, pasti ia dapat menerima hakikat bahawa kehidupan makhluk, ajal, rezeki, jodoh dan sebagainya terletak dalam 'penguasaan' Allah sahaja.
Kejayaan diri hanya akan tercapai apabila seseorang yakin tiada suatu kuasa pun yang maha hebat selain daripada kuasa Allah.
Imam Ghazali menegaskan bahawa halangan untuk memiliki 'tauhid' tersebut ialah dua punca syirik kepada Allah:
• pertama, berpaling kepada sifat kehaiwanan.
• kedua, bukan bersifat kebinatangan.
Manusia mampu menghindarkan diri daripada dua halangan tadi,
Manusia tidak memiliki kuasa sendiri secara mutlak. Ini menunjukkan betapa sedikit dan terbatasnya kuasa manusia berbanding apa yang dimiliki Pencipta.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah saw telah didatangi seorang lelaki lalu bertanya:
'Wahai Rasulullah, apakah aku harus menambat untaku atau aku lepaskan saja sambil bertawakal?' lalu jawab Baginda: 'Tambatlah dan bertawakallah kamu.'
Apabila seseorang itu berusaha melaksanakan petunjuk tersebut dengan betul, ia sebenarnya telah melalui jalan yang lurus yang diredai Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment