Wasiat
Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para
muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat
maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara".
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan
dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta
kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu :
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke
atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
10
Surah Yang Amat Mujarab Diamalkan
1.
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya
dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini
sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah
Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an
seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
"At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun
akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta
segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam
semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di
hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang
Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka
yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat
Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam
air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa
yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur,
insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah
ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya
pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :
"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur'an."
Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil
tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur,
seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali."
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka
barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka
ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda
membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada
kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang
siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7
hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas
diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari
godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah
An-Nas ini juga adalah penerang hati
Jaga
7 sunnah rasullullah saw
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah
hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk
hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati
itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati,
jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati
adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh
ketakwaan.
Hendaknya kita selalu
menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit
matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca
Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di
waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki
terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah
menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada
orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah
menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang
yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang
tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi
dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan
istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti
syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir
pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
No comments:
Post a Comment