Iblis Ingin Bertaubat
DAN TAKKAN BERTAUBAT KERANA SIKAP ANGKUH DAN BONGKAK
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis
telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata:
"Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh
Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara
langsung.
langsung.
" Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang
kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"
Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu
kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa
seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya.
" Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan
menyampaikan apa yang
diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan
wahyu yang bermaksud:
"Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya
Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan
syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur
Adam,
kalau dia mahu sujud maka aku sedia
mengampuni segala dosanya."
mengampuni segala dosanya."
Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu
dari Allah s.w.t.
dari Allah s.w.t.
maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu
Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan.
Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala
perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak
Iblis berkata:
"Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia
hidup di syurga,
bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati.
" Begitulah sifat sombong Iblis yang
tetap dengan kedegilannya,
walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan
memakannya
tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap
1000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s.
dari syurga,
serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada
Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia
tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis
ke dalam neraka....
No comments:
Post a Comment