Saturday, August 24, 2013


ADA SYAITAN YG MASIH BEBAS DLM BLN RAMADHAN

syaitan syaitan terbelenggu di bulan puasa ni, tetapi bagi pesakit misteri samada gangguan saka, gangguan sihir, atau apapun punca yg ada kait mengait dengan gangguan syaitan, mereka masih terus terusan sakit. Ini menunjukkan masih ada jin syaitan yg tak dibelenggu ditempat dibelenggunya syaitan syaitan tu.

Syaitan syaitan ini masih bertindak aktif untuk menggoda manusia yg sakit tu, macam macam godaannya terutama membuat kesakitan, tidak dapat tidur malam dan siang, tidak focus dalam segala urusan, tidak mampu membuat kerja dan urusan harian, jiwa terus terusan tidak tenteram dan sebagainya…. So persoalannya adakah hadis tersebut tadi palsu???

Jawapannya adalah tidak, sebab syaitan jin memang terbelenggu, ya! syaitan yg bebas akan di belenggu dalam belenggu khas yg dikawal sepenuhnya oleh para malaikat… dan tidak akan ada syaitan syaitan yg bebas kesana sini dibulan ramadhan ini, semuanya kene tangkap dan dikurung, TETAPI syaitan syaitan yg mempunyai tempat tinggal, atau rumah, tak kira apapun tempatnya tidak dinamakan syaitan bebas. Mereka tidak ditangkap, tetapi tidak boleh keluar dari kawasan tempat tinggal mereka tu….(perintah berkurung la). Kalau tempat tinggalnya dirumah kita, di sekolah, di kilang, di mesjid, di kuil, di temple, di pokok atau sebagainya, mereka tidak boleh keluar dari kawasan yg berbumbung, lebih sikit jek, terus kene tangkap dan dipenjarakan oleh malaikat bersama jin syaitan liar yg dah terbelenggu tadi….

Jin jin yg be'rumah' dalam tubuh manusia pun sama juga, mereka tidak boleh keluar sesuaka hati dikawasan lapang untuk berpindah ketempat lain atau ketubuh manusia yg lainnya, (ingat, jin syaitan ni boleh tinggal dlm tubuh kita, dalam aliran darah kita tanpa apapun halangan yg kita boleh buat, kecuali kita ni orang yg ikhlas) tetapi aktiviti perpindahan ini boleh mereka buat dengan bebas jika tubuh manusia itu berada dikawasan yg berbumbung tak kiralah dirumah, sekolah, mesjid dsb… mereka boleh transfer asalkan dalam kawasan berbumbung… katalah jin syaitan ini nak keluar kemana mana, masih boleh tanpa ditangkap, asalkan dia dibawah bumbung atau tubuh manusia, iaitu mereka akan masuk tubuh manusia yg boleh dimasuk(rata rata manusia memang senang sangat jin nak masuk tubuhnya) lalu ikut kemana saja manusia itu pergi… katalah dah sampai shopping kompleks, depa rasa nak lepak pulak kat shopping komplek tu, depa keluar la, atau katalah depa nak masuk tubuh manusia lain, mereka masuklah asal masih dalam kawasan berbumbung di shoping komplek tersebut…

Ok, dah faham tentang belenggu kan??? Ada yg dibelenggu tetap iaitu bagi syaitan tidak berumah, dan ada belenggu tak tetap/bersyarat iaitu bagi jin syaitan yg ber’rumah’ yg lebih pada perintah berkurung je...

Ok. Berbalik pada rawatan dibulan ramadhan, kenapa pusat rawatan islam tak buka pusat rawatan islam sedangkan masa inilah sepatutnya mereka berkhidmat pada manusia yg memerlukan??? Masa inilah segala persihiran sukar dilakukan sebab jin sihir tak semudahnya pergi menyihir pada yg disihir jika tiada laluan atau pengangkutan(tempat tumpangan seperti tubuh manusia atau kenderaan berbumbung). Pada masa inilah jin jin saka dari ahli keluarga yg lain tidak sewenang wenangnya hadir mengganti tempat jika jin saka pada pesakit telah dihapuskan sama sekali atau dikurung dilain tempat! Adakah kerana nak menumpukan ibadah yg lebih besar ganjarannya seperti yang di gembar gemburkan?? Adakah merawat pesakit kurang ganjarannya di ramadhan berbanding ibadah khusus tersebut??? bila pesakit dirawat dibulan ramadhan, proses kesembuhan amat berbeza berbanding bulan bulan yg lain, katalah dah dihapuskan segala jin ditubuh, hanya jin jin lain yg boleh hampir saja yg boleh kembali menyakitkan iaitu dari tempat tempat yg pesakit lawati setelah dibuang jin yg mengacaunya, jika di hapuskan yg baru masuk tu, biasanya kejap jek setel, sebab jin baru tu buat atas suka suka jek… tetapi jin jin dari punca sebenar sakit tu, takkan dapat hadir samada terkurung dirumah si penyihir atau dirumah adik beradik atau ahli keluarga(kes saka) … dan semasa tubuh kosong inilah, pesakit dapat menguatkan rohaninya tanpa gangguan, mereka boleh melakukan zikir sebanyak banyaknya dan membaca alQuran ataupun bersolat sepuasnya… bila roh dah kuat, nanti lepas ramadhan, kalau adapun jin sihir atau saka yg nak hadir mengganti tempat yg dah mati, agak sukar, kerana cahaya rohani tu agak bersinar bergemerlapan….lagilah kalau sipesakit dapat banyak berzikir puluhan ribu kali tiap hari sepanjang ramadhan tu….lagilah kalau dapat ikhlas pulak tu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...