Sunday, August 25, 2013

DOA CUKUP REZEKI

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Salam dan Shalawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Qanaah itu diberitahu bermaksud 'merasa cukup, ataupun berkenaan dengan sifat kita yang berpuas hati dan redha dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Sedikit pun kita redha, banyak juga kita redha.

Dari rujukan yang saya baca, ianya berkenaan dengan kata-kata Prof Hamka yang lebih kurang bermaksud antara ciri seseorang yang Qanaah adalah :

1. Bersyukur dan redha dengan apa yang ada padanya
2. Berdoa untuk rezeki dan serta berusaha
3. Sabar dengan ketentuan Allah
4. Sentiasa bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5. Tidak tertipu dengan tipu daya dunia.

Dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ulasannya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih secara berterusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Dinyatakan bahawah Rasulullah s.a.w bersabda juga:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Harta ataupun rezeki itu hanya diperlukan dalam jumlah 'Qanaah' kerana ianya termasuk dalam harta yang dicari untuk ditinggalkan apabila jasad kita dihantar ke liang lahad.

"Mencari harta (rumah besar, duit banyak, status jutawan) untuk ditinggalkan, Meningggalkan bekalan (amalan yang diajar oleh Nabi) yang sepatutnya dibawa"

Apabila kita dapat mendidik jiwa dan hati supaya lebih 'Qanaah', masalah bebanan hutang ataupun masalah kewangan, hilang dengan cepat dan ianya membuatkan kita bebas


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...