DOA MENGELAK BALA DAN SIHIR
Keberuntungan beramal dengan doa ini adalah
terhindar Daripada Bahaya
bagaimana cara beramal dengan doa ini,
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat
ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang
belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan
sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk
hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja
di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah
doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindung
i kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya
yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang
membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering,
gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan
yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi
bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika,
baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan
tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya
tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena
dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas
daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu
ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui
berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu
ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau
ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
mengandungi bahan kimiayang beracun. Racun tersebut tidak memberi
kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya
memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita
seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada
makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang
kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan
agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum
menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan
keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal,
yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah
syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat
Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka
selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan
izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai
susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat
yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh
membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan
kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga
yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak
sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat
di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya.
Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang
berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis
itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya
. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman
tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada
mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali
sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan
melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu
dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa
yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan
tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini
insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya
tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti
di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama
di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada
gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan
doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik,
manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat
yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita
dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai
anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya
anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka
masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah
ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w.
mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu
mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga kali.
No comments:
Post a Comment