Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati?
Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang,
jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir.
Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus
malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah.
Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir
. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi –
1. Dimensi lidah (qauli),
Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan
hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti
dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
2. Hati (qalbi)
Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka
dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci,
lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang
harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
3. Perlakuan (fikli)
Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya
benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara
yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan
apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat.
Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat,
mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi.
Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah
– zikir fikli! Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan,
maka kesannyasangat mendalam kepada hati.
Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
- Rasa kehambaan.
- Rasa bertuhan.
- Memahami maksud takdir.
- Mendapat hikmah di sebalik ujian
No comments:
Post a Comment