Wednesday, March 7, 2012

Peria adalah sejenis sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami.  Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa alkaloid.  Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis.
Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia.  Ia mempuinyai sifat-sifat berikut:

(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula dalam darah

(ii) menggalakkan nafsu makan

(iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah penghadaman

(iv) mengandungi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dn juga anti-kembung

(iv) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopotik

(vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi

(vii) anti-radangan dan astringent - mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel movement)

Peria banyak khasia, antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah.  Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.


Cara-caranya:

a) Buat minuman - Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat.  Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas.  Tapis airnya dan minum.  Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, insyaAllah, ia kan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis, atau


b) Buat sayur - Hiris buah peria nipis-nipis, celup peria dgn tepung sebaguna dan goreng dengan minyak yang sudah panas.  Goreng seingga garing, boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...