Amalankan solat tasbih insyaAllah
Rasulullah SAW bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib: "Wahai Abbas, apakah kau suka kuberikan kurniaan. Kuberi hadiah istimewa, kuajari sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus sepuluh jenis dosa.
Jika mengerjakannya
- pasti Allah mengampuni dosa-dosamu,baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang jelas.
- Sepuluh amal itu ialah
solat empat rakaat, tiap-tiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan surah apa saja, selesai membaca itu dalam rakaat pertama lalu membaca di waktu masih berdiri : "SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHAILLAHU WALLAHUAKBAR",
sebanyak (15) kali, lalu rukuk
- dan waktu masih berdiri baca tasbih seperti yang tersebut di atas sebanyak (10) kali, dan iktidal dari rukuk dan baca sebanyak (10) kali,
- turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi (10) kali,
- angkat kepala dari sujud dan baca (10) kali,
- sujud lagi dan baca pula (10) kali,
- angkat kepala dari sujud (sebelum berdiri) dan di waktu duduk membacanya sebanyak (10) kali.
Jumlahnya keseluruhan adalah 75 kali dalam setiap rakaat. Demikian tadi itulah harus dikerjakan dalam setiap rakaat dari keempat rakaat itu.
Jumlahnya keseluruhan adalah 75 kali dalam setiap rakaat. Demikian tadi itulah harus dikerjakan dalam setiap rakaat dari keempat rakaat itu.
Apabila dapat dikerjakan sekali setiap hari, kerjakanlah. Kalau tidak dapat, boleh dikerjakan pada setiap hari Jumaat, dan jika tiap-tiap Jumaat juga tidak dapat, boleh dikerjakan setiap tahun sekali. Jika tiap-tiap tahun juga tidak dapat, boleh dikerjakan sekali dalam seumur hidup"
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah,ibnu Khuzaimah dalam Kitab Sahihnya)
Fadhilatnya :
Dari keterangan hadis tersebut di atas, dapat kita mengambil kesimpulan, bahawa solat tasbih itu mempunyai fadhilat yang luar biasa, iaitu solat sunat tasbih ini adalah untuk mengampunkan segala macam jenis dosa. Baik yang telah lama atau pun baru, yang sengaja atau pun tidak sengaja, yang tersembunyi atau pun yang terang-terangan.
Sesiapa yang sanggup melaksanakannya setiap hari, maka laksanakan lah. Bagi yang tidak mampu, laksanakanlah tiap-tiap hari Jumaat atau sekali sebulan, atau sekali setahun, atau sekurang-kurangnya sekali seumur hidup

No comments:
Post a Comment