Friday, March 30, 2012


,TIPS MURAH REZEKI
tips pertama 


 Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh


Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. tips yang bagus dan mudah. Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan,
 sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari , tidur la sekejap  untuk dapatkan semula kesegaran. 
Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.

Tips kedua –


 tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi 
(dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”.
Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, waktu rehat pukul 10 pagi tu, boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha. Puasa sunat , boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. 
Tips terakhir untuk kali ni –


 Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim. Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...